ft keluarga trauma

Bintang terkanal Bollywood, Kareena Kapoor memohon agar mereka sekeluarga diberikan ruang berkenaan dengan insisden yang menimpa suaminya Saif Ali Khan baru-baru ini.

Jelasnya ,dengan apa yang terjadi kepada suaminya ini, dia dan kelaurga masih lagi dalam keadaan ‘tergamam’. Katanya, dalam keadaan dirinya dan keluarga yang kinis edang menghadapai satu detik yang mencabar, dia memohon agar diberikan ruang.

Artikel berkaitan : Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditik*m 6 Kali Oleh Penceroboh Di Rumah

Artikel berkaitan : “Saya tak suka dia” – Kareena Kapoor Kongsi Komen Jujur Tentang Lakonan ‘Teruk’ Salman Khan

“Dengan rasa hormat dan rendah diri, saya meminta agar media dan paparazi untuk elakkan membuat sebarang spekulasi dan liputan yang tidak henti-henti.”

“Walaupun kami menghargai keprihatinan dan sokongan, pemeriksaan dan perhatian yang berterusan  juga boleh menimbulkan risiko besar kepada keselamatan kami.”

Malah, pelakon filem Asoka ini juga meminta agar jaga dan hormat batasan mereka serta memberikan ruang untuk mereka tenangkan diri.

“Saya berterima kasih kepada anda semua atas kerjasama anda ketika waktu yang sensitif ini.”

Sebelum ini, dilaporkan Saif Ali Khan ditikam sebanyak 6 kali oleh penceroboh di rumahnya yang terletak di Mumbai, India, difahamkan ia berlaku pada awal pagi Khamis (16 Januari).

Saif Ali Khan dibawa ke hospital berdekatan rumahnya pada kira-kira 3.30 pagi semalam, ketua pegawai operasi hospital itu, Niraj Uttamani memberitahu dua tikaman itu lebih dalam daripada yang lain.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.