Ramai yang ternanti-nanti berita gembira daripada selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dan akhirnya penantian tersebut berakhir apabila Syed Saddiq menerusi Instagram mengesahkan beliau telah melamar Bella di atas Gunung Kinabalu.
Difahamkan lagi, majlis pertunangan mereka berdua bakal berlangsung pada petang ini dan akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Sooka.
Lamaran Ahli Parlimen Muar itu juga telah diterima oleh Bella dan ketika lamaran, hujan lebat di atas Gunung Kinabalu.

Artikel berkaitan: Bella Astillah Titip Kuih Raya ‘;Freshly Baked’ Buat PMX, Syed Saddiq Jadi ‘Runner’ Ke Putrajaya
Artikel berkaitan: “Selamat hari lahir, Ironlady” – Ucapan Syed Saddiq Sempena Hari Jadi Bella Astillah Buat Peminat Cair
Menurut perkongsian Syed Saddiq, perkenalan mereka itu bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat dan tanpa sedar ia turut menyatukan dua hati.
Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita,” tulis Syed Saddiq.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti telah mengucapkan tahniah kepada pasangan ini yang bakal bertunang pada petang ini.
Sumber: Instagram Syed Saddiq

17 hours ago
15































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















