Seorang wanita dari Taiwan cuba ambil kesempatan terhadap satu kedai minuman untuk mendapatkan air percuma. Dia mendakwa dirinya seorang penulis blog kononnya nak bantu mempromosikan kedai minuman tersebut.
Pemilik kedai bagaimanapun merasakan permintaan daripada pelanggan tersebut dianggap tak masuk akal, jadi dia menolak permintaan wanita itu. Bengang dengan tolakka itu, wanita tersebut bagi rate 1-bintang dan mendakwa pemilik kedai ada masalah ‘bad attitude’.
Artikel berkaitan : Kembang Tekak! Individu Terkejut Dapat ‘Free’ Pakej ‘Inti’ Gigi Berlubang Dalam Kuih Vadei
Artikel berkaitan : Keluarga Ini Dipuji, Sedia Minuman Percuma Untuk Rider Melalui Vending Machine Di Luar Rumah
“Tingkah laku buruk, dan sikap yang sangat biadap apabila saya melawat salah satu kedai mereka.”
Tinjauan negatif itu mendapat perhatian pemiliknya, yang berkongsi penjelasan ringkas tentang apa sebenarnya yang berlaku apabila penulis blog itu diminta membayar NTD65 (lebih kurang RM9) untuk minuman susu tembikai itu.
“Awak tak tahu siapa saya? Saya seorang blogger.”
Menerusi thread rasmi kedai minuman itu, pemilik kedai itu berkata dia dan pasukannya pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini tetapi memilih untuk menyembunyikannya.
Kali ini,mereka dah hilang sabar, jadi dia memutuskan untuk berkongsi perkara itu dan menghantar mesej kepada mana-mana individu yang ada niat untuk melakukan perkara yang sama.
“Syarikat kami yang memutuskan sama ada kami memerlukan publisiti. Kami tidak akan melayan jika anda datang ke sini dan menggunakan identiti anda untuk produk percuma.”
Dalam pada itu, pemilik juga menjelaskan bahawa pihak mereka tidak terkesan dengan ulasan penulis blog itu dan malah, pihak syarikat kedai itu juga menyeru penulis blog itu untuk tampil beri penjelasan.
“Sila nyatakan kedai mana yang anda pergi, dan apakah sebenarnya yang anda maksudkan dengan sikap kurang ajar.”
Pada penghujung catatannya, pemilik juga melawat laman blog wanita tersebut dan memberikan rate 1-bintang.
Sumber : WORLD OF BUZZ