Baru sahaja dalam minggu lepas, pelawak Nabil Ahmad menjawab tentang rakaman isterinya yang tular tidak memakai hijab.
Nabil menjelaskan bahawa video isterinya, Nazirah Ayub atau Zira tidak memakai tudung itu dimuat naik tanpa sengaja hingga mencetuskan perbualan ramai.
Namun nama pelawak ini sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila tular pula dakwaan mengatakan Nabil cuai dalam menjaga aurat isterinya.
Artikel berkaitan: Sentuh Isu ‘Ustaz Direhatkan’ Masa Program MeleTOP, Nabil Ahmad Mohon Maaf
Artikel berkaitan: Nafi Perli Mamat Exist, Nabil Ahmad Perjelas Maksud ‘Berada Di Tempat Tinggi’
Aurat isteri kelihatan ketika buat video call?
Menerusi satu video yang dimuat naik Instagram sebuah stesen radio, Nabil dilihat bersama rakan penyampai radio sedang membuat panggilan video dengan isterinya, Zira.
Di dalam video itu, Zira dilihat sedang sibuk membungkus nasi kandar buat Nabil. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kelihatan bahagian leher dan rambut isteri pelawak tersebut di dalam video itu.
Video ini secara tidak langsung mengundang pelbagai komen teguran daripada netizen yang mengatakan Nabil cuai dalam menjaga aurat isteri dan membiarkan orang lain melihat aurat isterinya pula.
Susulan itu, video yang tular telah dipadam daripada Instagram stesen radio berkenaan.
Sumber: Portal