Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba ada khabar angin mengatakan pelakon serta pelawak Muhammad Nizamudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Along Cham bakal mengesahkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi pagi ini.
Menurut Kosmo!, Along Cham dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik tersebut pada pukul 11 pagi ini di Mahkamah Syariah Putrajaya.
Artikel berkaitan: “Terima kasih kepada pembenci saya, banyak fitnah saya dengar” – Along Cham
Artikel berkaitan: Along Cham Sujud Syukur, Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Atas Pertuduhan Miliki D*dah
Pun begitu, difahamkan pelakon filem Tiada Tajuk itu masih tidak dapat dihubungi berkenaan khabar angin tersebut.
Difahamkan, peguamnya ketika dihubungi meminta pengesahan tersebut datang sendiri daripada Along mahupun isterinya.
“Maaf, saya rasa persoalan tersebut lebih baik diajukan sendiri kepada tuan punya badan,” kata peguamnya ringkas.
Kelmarin, Along Cham membuat sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen di sini melepaskannya tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan.
Sumber: Kosmo!