Collage 26

Akhirnya penantian peminat BASS berakhir petang ini apabila pelakon, Bella Astillah dan ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung penuh sederhana namun manis.

Menerusi hantaran-hantaran di media sosial, Bella dilihat tampil anggun mengenakan busana ringkas berwarna mint green, sekali gus mencuri perhatian ramai dengan penampilannya yang sopan dan elegan sepanjang majlis tersebut.

Menurut perkongsian di Threads oleh Era.je, cincin pertunangan berkenaan telah disarungkan oleh ibu Syed Saddiq sendiri, sekali gus menjadikan detik itu lebih menyentuh hati ramai yang menonton.

Apa yang paling mencuri perhatian netizen ialah kemesraan yang ditunjukkan ibu Ahli Parlimen Muar itu terhadap Bella ketika majlis berlangsung.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah selain meluahkan rasa sebak melihat kebahagiaan pasangan tersebut.

I suka pakaian yang Bella pakai. Simple je. Manis, sopan, tak over. Benarlah apa yang orang kata, ada pelangi selepas hujan. Hari ini aku sebak happy sebab dia dah bertunang dengan Syed Saddiq. Alhamdulillah, tahniah,” tulis seorang pengguna.

657653275 17951198829120492 1649681456555070451 N E1774684554525Tangkap layar siaran langsung majlis pertunangan syed saddiq dan bella astilah yang berlangsung petang ini

Artikel berkaitan: “BellaSyedYes” – Bella Astillah Terima Lamaran Dari Syed Saddiq, Bakal Bertunang Hari Ini

Artikel berkaitan: Rupa-rupanya Sudah Lama Rancang, Netizen Dakwa Terserempak Syed Saddiq Cari Cincin Di Ampang

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut meluahkan perasaan yang sama.

“Tak faham kenapa aku nangis tengok majlis tunang Bella Astillah dengan Syed Saddiq. Apa pun, congrats! Saya suka, saya suka,” katanya.

Dalam masa sama, ramai juga yang meninggalkan komen ringkas mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

“Alhamdulillah BellaSyedYes dah selamat bertunang! Tahniah YB Syed Saddiq & Bella Astillah,” tulis seorang lagi pengguna.

Sumber: Threads 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.