ft afdlin

Baru-baru ini, tular satu dakwaan di saluran Telegram berkenaan dengan pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki terhadap salah laku perolehan projek naungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Susulan itu, Afdlin tampil memberikan kenyataan balas dengan menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dengan dakwaan tersebut. Menerusi kenyataan yang diberikan di Intagram miliknya malam tadi, fitnah itu merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan namanya.

Artikel berkaitan : Anggap Insiden Simbah Asid Faisal Halim Angkara Pengkhianat, Ramai Setuju Dengan Dato Afdlin Shauki 

Artikel berkaitan : “Buat lawak kena pakai otak” – Afdlin Shauki “Sound” Pelawak Singapura Isu Kutuk Malaysia

“Pertama sekali saya menafikan sekeras- kerasnya bahawa telah terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek tersebut.”

“Ini merupakan sebuah usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat.”

Jelas Afdlin lagi, dia telah membuat laporan polis untuk menjalanlan siasatan. Malah, difahamkan perkara tersebut juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL. Bahkan, Afdlin juga sedia untuk beri kerjasama dalam mana-mana siasatan yang dijalankan berhubung perkara ini.

“Saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.”

“Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa. Saya yakin dan pasti dengan izin Allah, akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan.”

Terdahulu, tular dalam aplikasi Telegram Edisi Siasat yang mendakwa Afdlin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL merupakan antara yang terlibat dengan salah laku dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif oleh DBKL yang dikatakan bernilai lebih RM10 juta.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.