ft fara salleh shuk sahar

Pelawak Shuk Sahar didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya iaitu Fara Salleh menerusi panggilan telefon, difahamkan pada waktu lafaz cerai itu dilakukan, Shuk sedang berada di Thailand.

Menerusi IG Story milik Fara, satu rakaman video dimuat naik hari ini, menunjukkan satu panggilan telefon bersertakan suara daripada seorang lelaki yang dipercayai Shuk Sahar malafazkan cerai talak satu kepadanya.

Artikel berkaitan : “Isteri itu beban, kawan-kawan punca rezeki” – Fara Salleh Kongsi Kata-kata Daripada Shuk Sahar?

Artikel berkaitan : “Call anak sendiri pun kena sorok2” – Rakan Tampil ‘Back Up’, Nafi Shuk Sahar Tidak Bertanggungjawab

Jelas Fara kepada mStar Online, lafaz cerai itu dibuat kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi dan ia dilakukan di pejabat agama Satun, Thailand tempat di mana mereka berdua diijabkabulkan.

SaveClip.App 489606488 18470573338067822 5949439933024774754 n

SaveClip.App 489352687 18470576692067822 7173729661675106805 n

“Dia bersama imam dan pegawai di sana. Tapi saya pun tidak pasti kenapa dia nak lafaz cerai Thailand.”

“Sebab pihak pegawai itu juga memaklumkan perceraian tetap perlu diuruskan di Malaysia.”

  SaveClip.App 489565832 18470582866067822 4412187553723943859 n

Dalam hantaran lain, Fara meluahkan rasa lega apabila dia kini sudah bebas selepas sekian lama menantikan saat itu. Dia juga memaklumkan bakal menguruskan urusan penceraian itu mengikut undang-undang Malaysia.

“Selama bergelar isteri masih banyak batas yang perlu diikuti. Secara sahnya kami memang sudah bercerai cuma dari segi undang-undang kami tiada dokumen yang lengkap.”

“Saya akan selesaikan pengesahan pendaftaran nikah kami 15 April ini di sini, saya akan selesaikan semua perkara di Malaysia. Saya tak akan diam dan jadi bodoh. Sebab kami ada anak.”

SaveClip.App 489335323 18470585047067822 2697181944356149944 n

Malah, Fara juga akan menuntut nafkah anak mereka yang bakal lahir pada bulan Julai nanti kerana baginya Shuk masih perlu jalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023, Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada Mac 2023.

Sumber: mStar Online, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.