ft wartawan 1

Seorang wartawan yang membuat liputan mengenai kehilangan gadis berusia 13 tahun di Brazil, dikatakan terpijak mayat remaja itu secara tidak sengaja semasa sedang menjalankan tugas di lokasi kejadian baru-baru ini.

Menurut sumber, gadis tersebut dipercayai hilang sehari sebelum penemuan tersebut. Ketika kejadian, wartawan yang dikenali sebagai Lenildo Frazao berdiri di kawasan air yang tinggi separas pinggang di Sungai Mearim di Bacabal, timur laut Brazil di mana ia adalah lokasi terakhir gadis itu berada.

Artikel berkaitan : Polis Sahkan Mayat Yang Ditemui Dalam Gaung Rupanya Mangsa B*nuh

Artikel berkaitan : Mayat Guru Wanita Ditemui R*put Dalam Rumah, Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia

Dia ke tempat tersebut bertujuan untuk menunjukkan paras kedalaman dan tempat di mana remaja tersebut berenang sebelum mangsa hilang.

Bagaimanapun, Lenildo tiba-tiba tersentak dan melompat ke belakang kerana cemas ketika mengharungi air. Dalam satu klip yang tular dia kelihatan terkejut.

“Saya rasa ada sesuatu di bawah air,” katanya sebelum berundur dan enggan untuk pergi lebih jauh kerana takut.

“Ia seperti lengan. Mungkinkah dia? Tetapi ia mungkin seekor ikan juga, saya tidak tahu.”

Screenshot 2025 07 21 170547

Berikutan dengan penemuan yang mencurigakan itu, pihak pasukan penyelamat meneruskan pencarian mereka pada pagi 30 Jun dengan bantuan penyelam. Mayat gadis yang dikenali sebagai Raissa itu ditemukan di tempat yang tepat di mana Lenildo membuat liputan.

Biarpun masih belum dapat dipastikan sama ada dia benar-benar memijaknya, masa dan lokasi menunjukkan ia mungkin berlaku. Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa tiada tanda-tanda trauma fizikal dan kematiannya direkodkan sebagai lemas.

Sumber : Harian Metro