Satu insiden menyayat hati berlaku di Simpang Pulai, Perak apabila seorang wanita warga emas orang kurang upaya (OKU) maut akibat terperangkap dalam satu kebakaran di rumahnya pada Rabu lalu.
Mangsa, Noriah Mat Desa, 81 yang merupakan seorang pekak dan bisu ditemukan rentung di ruang tamu bahagian tengah rumah yang musnah itu.
Artikel berkaitan: Warga Emas Rentung Akibat Mesin Rumput Terbakar, Mayat Ditemui 2 Hari Kemudian Depan Rumah
Artikel berkaitan: Sedang Tunggu Keputusan SPM, Pelajar MRSM Bentong Antara 5 Sekeluarga M*ut Dalam Kebakaran
90 peratus rumah musnah dijilat api

Di samping itu, adik lelaki mangsa yang berusia 79 tahun terselamat selepas berjaya melarikan diri ketika kebakaran berlaku.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya ada menerima atu panggilan kecemasan berkenaan dengan kejadian kebakaran itu kira-kira jam 10.31 malam, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai tiba di lokasi.

Jelasnya lagi, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis kelas A yang musnah kira-kira 90 peratus.
“Setibanya jentera di lokasi, didapati api sedang marak membakar hampir keseluruhan rumah dan terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam kediaman tersebut.”
“Setelah selesai pemadaman dilakukan, mangsa dijumpai mati terbakar di ruang tamu bahagian tengah rumah.”

Tambah beliau, Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM bersama polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca kejadian selain Unit Pengesan K9 turut dipanggil membantu siasatan.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.”

Jelasnya, operasi pemadaman itu melibatkan 17 anggota dari BBP Simpang Pulai dengan BBP Pasir Puteh serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru.
“Sumber air diperoleh daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran sehingga kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.20 malam. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.01 pagi.”
Sumber : Sinar Harian

17 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















