Rakan seperjuangan kepada Amyza Aznan, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah turut sebak ketika melawat Amyza di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Kata Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera, biarpun jadual padat, dia tetap curi masa menziarahi Andre selepas dimaklumkan keadaan Andre Mikael semakin serius pada waktu itu.
Artikel berkaitan: “Mungkin arwah tidak mahu ibunya terluka” – Didie Alias Saksi Anak Amyza Aznan Hembuskan Nafas Terakhir
Artikel berkaitan: “Doktor suruh keluarga bersedia” – Luahan Sayu Amyza Aznan Cari Ikhtiar Lain Lepas Setahun Anak Berjuang Lawan Kanser
Terkenangkan saat Andre dilahirkan

“Saya memang cari masa untuk lari sekejap (melawat) walaupun sibuk sebab saya tahu situasinya sekarang dah agak serius berdasarkan ‘update’ yang diterima.”
“Selalunya kami hanya tengok perkembangan masing-masing dari jauh melalui Instagram saja sebab masing-masing sibuk dengan keluarga. Kalau nampak dia gembira dekat IG, maknanya kami pun rasa okaylah.”
Shiera turut mengimbau memori hubungan rapat mereka sejak dahulu ketika dia berada di dewan bersalin saat Amyza ingin melahirkan arwah Andre. Malah dia sendiri yang mencadangkan nama Andre itu buat anaknya.

“Saya kenal anak-anak dia dari kecil lagi. Malah masa Amyza lahirkan Mikael (Andre Mikael) pun, saya ada sekali dalam bilik bersalin sebab kami kongsi doktor yang sama. Saya yang ‘menyambut’ dia.”
“Nama ‘Andre’ itu sebenarnya saya yang bagi. Masa tu saya tengah fikir nama untuk anak saya sendiri tapi akhirnya saya tak guna nama tu. Saya cakap pada Amyza, ‘Aku suka nama orang putih sikit ni, Andre.’ Jadi Amyza ambil dan gabungkan jadi Andre Mikael.”
Mendengar berita pemergian Andre, Shiera tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan Andre dan sahabatnya itu.
“Bila saya masuk tadi melawat, saya tak boleh tahan sedih. Amyza dah berhenti menangis tapi saya pula yang menangis. Saya rasa sangat sedih.
“Saya pesan pada mereka, ‘Korang jangan menangis, nanti saya pun tak boleh berhenti nangis.’ Saya tak mampu nak cakap banyak, hanya mampu doa dalam hati moga Amyza terus kuat,” ujarnya.
Jelas Shiera lagi, Andre seorang anak yang begitu rapat dengan adik-beradiknya selain daripada taat kepada ibu bapa.

“Andre memang anak yang sangat baik, dia banyak membantu jaga adik-adik. Mereka memang sangat rapat dengan keluarga. Amyza pula memang jenis ibu yang sentiasa dengan anak-anaknya.”
“Yang saya tak boleh tahan bila tengok adik kecilnya. Mungkin sebab Amyza sibuk, Andre yang jaga adik itu. Tadi pun adiknya tak mahu terlalu dekat dengan abang sebab tak sanggup. Semua orang tak sanggup tapi kita kena lalui juga.”
Sumber: Astro Gempak

13 hours ago
7













![[VIDEO] Ahli Keluarga Warga Emas Serang Peniaga, Desak Mangsa Beli 1 Perkakas Dapur Bernilai RM4,700](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/02/ft-scammer.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















