Seorang warga emas wanita di Kuala Pilah dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas terkena tikaman pada leher pada malam tadi.
Menurut Harian Metro, wanita warga emas berusia 80-an itu dikatakan telah ditikam oleh anaknya sendiri yang berusia 50-an dengan menggunakan pembuka tin.
Namun, setakat ini, motif kejadian masih belum dapat dipastikan namun difahamkan, anaknya itu yang juga seorang wanita didakwa mempunyai masalah kesihatan mental.
Walau bagaimanapun, setakat ini, mangsa sedang berada di Hospital Rembau untuk rawatan dan kini stabil.
Artikel berkaitan: Tular CCTV Rakaman Rompakan Di Taman Sri Muda, Wanita Ditikam 8 Kali Oleh Perompak Warga Asing
Artikel berkaitan: Rompakan Paling Berani! Kisah Geng Mamak Rompak Jongkong Emas RM12 Juta Dari Subang Airport
Kejadian tersebut difahamkan berlau di sebuah rumah di Kampung Segineh Inas, Johol, Negeri Sembilan.
Polis telah menahan suspek mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro

20 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















