trump nak venezuela bagi minyak 50 tong

Setelah menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa memaklumkan bahawa kerajaan interim Venezuela akan menyerahkan sehingga 50 juta tong minyak kepada AS.

Menurut Trump lagi, hasil jualan minyak itu akan dikawal oleh dirinya dan ia juga akan digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan AS.

Pihak Berkuasa Interim di Venezuela akan menyerahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak berkualiti tinggi yang tertakluk kepada sekatan kepada AS.

“Minyak ini akan dijual pada harga pasaran, dan wang hasil jualan itu akan dikawal oleh saya, sebagai Presiden AS, bagi memastikan ia digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan AS,” kata Trump di platform Truth Social miliknya.

3393944

Artikel berkaitan: Selain Presiden Venezuela, Rupanya 3 Pemimpin Ini Juga Pernah Ditangkap Amerika Syarikat Sebelum Ini

Artikel berkaitan: Penyeludupan Dad*h Teruk Di AS, Donald Trump Tawar Ganjaran RM235 Juta Tangkap Presiden Venezuela

Difahamkan Caracas dan Washington telah mencapai satu perjanjian untuk mengeksport minyak mentah Venezuela bernilai sehingga AS$2 bilion ke AS, sekaligus akan mengalihkan bekalan dari China, di samping membantu Venezuela mengelakkan pemotongan pengeluaran minyak yang lebih mendalam.

Perjanjian itu merupakan isyarat kukuh bahawa kerajaan Venezuela bertindak balas terhadap tuntutan Trump supaya mereka membuka industri minyak kepada syarikat-syarikat AS atau berdepan dengan risiko campur tangan ketenteraan yang lebih lanjut.

61767648420 DelcyRodriguez

Trump juga memaklumkan yang beliau mahu Presiden interm, Delcy Rodriguez memberi AS dan syarikat swasta ‘akses sepenuhnya’ kepada industri minyak Venezuela.

Sebagai info, Venezuela kini mempunyai berjuta-juta tong minyak yang telah dimuatkan ke atas kapal tangki dan disimpan dalam tangki simpanan, namun tidak dapat dihantar berikutan sekatan eksport yang dikenakan oleh Trump sejak pertengahan Disember lalu.

Sekatan itu adalah sebahagian daripada peningkatan tekanan AS terhadap kerajaan Nicolas Maduro yang mana situasi itu memuncak dengan penangkapan beliau oleh tentera AS pada hujung minggu lalu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.