Bekas wartawan yang juga sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) berkongsi perkembangan terkini pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF 2.0).
Menerusi perkongsiannya di Facebook, para aktivis menjalankan misi mendebarkan selepas mengesan sebuah kapal yang membawa peralatan berkaitan keperluan tentera Israel sedang melintasi lautan Mediterranean.
Menurut ZRA, sebanyak 19 buah bot GSF ditugaskan ke misi protes dengan mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengejar sebelum mengepung kapal terbabit.
Katanya, operasi dijalankan menggunakan taktik kepungan dan melintasi kapal sasaran, selain disertai tiupan hon udara serta kibaran bendera Palestin sebagai tanda protes.
“2 jam mengejar dengan bantuan angin kencang dan bot layar berjaya mencapai kelajuan 8 knot. Kami hampiri kapal sasaran dengan protes keras,” katanya.
Artikel berkaitan: Hampir 40 Rakyat Malaysia Sertai GSF 2.0, Angkat Peranan Negara Ke Tahap Lebih Tinggi
Artikel berkaitan: “Bagi tahu jap cara nak claim” – Ahmad Faezal Respon Dakwaan Netizen, Peserta Sumud Dapat RM40K Kalau Sertai Misi
Tambah beliau, usaha dalam pelayaran kali ini juga adalah bagi meneruskan kesinambungan perjuangan untuk memboikot 60,000 pekerja di tiga pelabuhan Itali terhadap kargo senjata ke Israel, iaitu ketika Sumud Flotilla belayar pada September 2025.
“Kita tak mungkin dapat menenggelamkan kapal pro genosida ini. Namun, langkah protes di lautan adalah mewakili suara masyarakat sivil yang mahu genosida segera dihentikan,” tegasnya.
Difahamkan, tindakan yang dilakukan ini juga sebagai usaha untuk mengganggu rantaian bekalan yang dibawa kapal tersebut.
Sumber: Facebook

3 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)









![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)








