Ramai di antara kita yang tidak mahu melepaskan peluang melihat pertunjukan bunga api pada malam Tahun Baharu 2026 bersama ahli keluarga dan orang tersayang.
Namun, dalam kegembiraan menyambut tahun baharu, jangan pula lupa dengan undang-undang dan bahaya menanti bagi mereka yang keluar tanpa pemantauan ibu bapa.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sepasang remaja telah ditahan pihak polis di Kuala Lumpur atas kesalahan membawa seorang remaja di bawah umur keluar pada malam tahun baharu.
Artikel berkaitan: Bukan Sekadar Bunga Api, Ini 5 Realiti Malam Tahun Baru Di Malaysia
Artikel berkaitan: Bayi Baru Lahir Ditemui Di Belakang Rumah, Bongkar Kegiatan Sumbang Mahram Kakak & Adik Lelaki Bawah Umur
“Bawah umur tak boleh keluar rumah tau!”
Menerusi video itu, dapat dilihat seorang anggota polis didakwa dari JSPT Kuala Lumpur telah bersoal jawab dengan seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.
Anggota polis berkenaan meluahkan kerisauannya akan tindakan remaja lelaki itu yang telah membawa seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa baru berusia 14 tahun dan masih lagi bersekolah.
Ini bawah umur tak boleh keluar rumah tau?” gertak anggota polis itu.
Bila ditanya sama ada remaja perempuan itu mengenali lelaki berkenaan dari TikTok, dia menjawab yang dia mengenalinya menerusi seorang kawan dan mereka baru lima bulan berkenalan.
Aku boleh tahan dia tahu? Panggil mak bapa dia datang, lepas tu ambil dia di balai. Sebab dia bawah umur, bawah 18 tahun. Kalau mak bapa dia datang, kau nak jawab tak?” tanya anggota polis itu.
Anggota itu juga dilihat menjelaskan kepada remaja lelaki tersebut tentang kesalahannya di bawah Akta Kanak-Kanak kerana membawa keluar remaja perempuan di bawah umur.
Menerusi hasil carian penulis, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) adalah undang-undang yang bertujuan melindungi kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, eksploitasi, serta memastikan kebajikan dan hak mereka terjamin melalui mekanisme seperti Mahkamah Kanak-Kanak.
“Budak sekarang extreme nau. Risau tengok.”
Video berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen yang meluahkan rasa bimbang akan gejala sosial yang berleluasa berlaku dalam kalangan remaja.
Ramai yang menasihatkan ibu bapa untuk lebih tegas dalam memantau anak-anak dan memuji tindakan anggota polis itu dalam menegur perbuatan remaja berkenaan.

Sumber: TikTok

6 days ago
31






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















