Bengang ditegur kerana cop parking, seorang lelaki membuat onar sehingga mengganggu ketenteraman awam dengan bertindak ganas terhadap individu yang menegur isterinya.
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Radit ini telah dimaklumkan tukang jaga parkir bahawa ada satu spot kosong dan diarahkan untuk parkir di situ. Namun saat dia tiba ke kotak parkir tersebut, dilihat seorang wanita berdiri di situ.
Artikel berkaitan : [VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR
Artikel bekaitan : [VIDEO] Halang Laluan Masuk R&R, Treler Terpaksa Langgar Tiga Kereta Parkir Di Bahu Jalan
“Saya dah pilih dulu kat sini, kenapa?”
Ketika ditegur, wanita tersebut menjawab bahawa dia sudah memilih dahulu untuk parkir di situ dan keretanya sedang membuat pusingan.
“Saya tag di sini, tadi mobil saya sudah muter (pusing) sekali. Jadi kenapa kalau saya tag?”
Radit terus menjelaskan bahawa mereka yang sepatutnya parkir di situ dan menurutnya, wanita tersebut memberikan respon yang dianggap sangat biadap sehingga mencabar kesabarannya.
Kejadian yang berlaku di Indonesia itu jadi meleret sehingga berlakunya pertengkaran antara pihak Radit dan wanita tersebut sebelum Radit memilih untuk mengalah.
Tidak terhenti di situ, suasana jadi semakin kecoh apabila wanita tersebut dan suaminya itu datang ke arah Radit dan ingin menyerangnya sampai ke tahap melucutkan baju untuk ajak bergaduh.
Tonton video penuh di bawah:
Sumber: Threads

7 hours ago
14

![[VIDEO] Pemandu Singapura Didakwa Bergaduh Dengan Polis Malaysia Di Laluan Menuju Ke Woodlands](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/08/ft-polis-trafik.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















