Siaran televisyen negara China semalam telah menyiarkan satu rakaman memaparkan ketua sindiket scam siber kelahiran negara itu, Chen Zhi telah dibawa oleh polis bersenjata dalam keadaan bergari dan kepala yang ditutup dengan kain di China selepas diekstradisi dari Kemboja.
Chen Zhi telah dituduh mengetuai pusat penipuan siber menggunakan buruh paksa yang berskala besar di Kemboja dan ketibaannya di Beijing diiringi oleh pegawai SWAT berpakaian hitam.
BREAKING: Chen Zhi has been filmed under custody during his arrest and deportation from Cambodia to China. The video shows Chen escorted by authorities following the revocation of his Cambodian nationality and his handover to Chinese law enforcement.
This is the first visual… pic.twitter.com/t06XtwnaRF
— Jacob in Cambodia 🇺🇸 🇰🇭 (@jacobincambodia) January 8, 2026
Dalam laporan CCTV, penangkapan mengejut ini dianggap sebagai langkah terbesar setakat ini, dalam usaha beberapa buah negara membanteras pusat penipuan besar di Asia Tenggara yang menempatkan puluhan ribu pekerja.
Ini termasuklah laporan mengenai mangsa-mangsa yang diculik dan dipaksa menjalankan penipuan terhadap mangsa di seluruh dunia, seperti apa yang dikatakan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggambarkan ia sebagai ‘satu industri global yang canggih’.

Artikel berkaitan: “Dikurung, direnjat elektrik” – Warga Malaysia Cerita Pengalaman Ngeri Jadi ‘Scammer’ Di Kemboja
Artikel berkaitan: AS Puji Kepimpinan PMX, Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand
Dalam pada itu, maklumat terperinci mengenai pertuduhan yang dihadapi Chen di China masih belum diputuskan secara rasmi. Namun, Kementerian Hal Ehwal China menyatakan bahawa pihaknya bekerjasama rapat dengan negara lain dalam usaha membanteras penipuan telekomunikasi rentas.
China komited dalam memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang dengan negara-negara jiran, termasuklah Kemboja untuk menjaga keselamatan penduduk dan harta benda,” kata jurucakap kementerian, Mao Ning.
Sumber: CNA, Utusan Malaysia

22 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















