Syaz Ft 2026 02 06T122058.933

Selepas sekian lama berdiri megah sebagai mercu tanda sempadan daerah, sebatang pokok tualang gergasi yang dianggarkan berusia lebih 120 tahun akhirnya ditumbangkan.

Pokok setinggi 60 meter yang terletak berhampiran Kampung Sungai Bayu itu sebelum ini sering dikaitkan dengan pelbagai cerita mistik dan gelaran ‘kebal’ oleh penduduk setempat.

Artikel berkaitan: Gara-gara Lori Kontena, 70 Tiang Elektrik Tumbang Di Thailand

Artikel berkaitan: “Ini bukan takdir, ini kelalaian manusia” – Mangsa Korban Pokok Tumbang Di Batang Kali Staf Bonda Rozita

Operasi penebangan pokok sebesar tiga pemeluk itu dilakukan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 2A. Menurut Projek Kordinator LTU Pakej 2A, Fizal Irwan Abdul Wahid, tindakan tersebut terpaksa diambil kerana kedudukan pokok berkenaan berada tepat di atas jajaran jalan yang sedang dibina.

“Proses tebangan pokok dilakukan selepas pihaknya mendapat kebenaran Jabatan Perhutanan kerana kedudukan pokok berkenaan berada tepat di laluan jajaran jalan yang menghalang kerja pembinaan,” jelas beliau.

@lukmanakim518

Alhamdulillah pokok tualang viral telah tumbangg jalan gua musang ke kuala krai🤲🏻

♬ original sound – 𝑴𝒂𝒂 – 𝑴𝒂𝒂

Mengingat saiznya yang luar biasa, operasi tersebut menuntut tahap keselamatan yang sangat tinggi bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pekerja dan orang awam. Operasi yang bermula pada jam 9.15 pagi itu melibatkan kekuatan lebih 40 orang tenaga kerja, termasuk pihak perunding dan kontraktor.

“Operasi bermula pukul 9.15 pagi dengan melibatkan lebih 40 orang termasuk pihak perunding, kontraktor utama dan sub kontraktor. Proses penebangan mengambil masa hampir tiga jam dan pokok mula tumbang pada pukul 11.46 pagi dalam tempoh 30 saat.

Kerja penebangan tamat sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari sebelum pokok itu akan ditanam semula di kawasan berhampiran. Proses kerja dilakukan secara terkawal termasuk kawalan aliran trafik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya lagi.

Video operasi tebang itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen khususnya penduduk di sekitar lokasi pokok tersebut.

Cats 3

Sumber: Kosmo!, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.