Kedudukan Malaysia yang kini diiktiraf sebagai negara ketujuh paling dipercayai di dunia merupakan satu bukti nyata bahawa negara berada di landasan yang betul dalam memperkukuh keyakinan institusi, kestabilan sosial, dan perpaduan nasional.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pencapaian luar biasa ini diterbitkan melalui laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Berdasarkan kajian global tersebut, Indeks Kepercayaan keseluruhan Malaysia telah melonjak daripada 66 mata pada tahun 2025 kepada 71 mata pada tahun ini.
Lonjakan ini sekali gus meletakkan Malaysia dalam kalangan negara berprestasi terbaik dunia dari segi kepercayaan awam terhadap institusi kerajaan, perniagaan, media, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Nga, pengiktirafan antarabangsa ini mencerminkan keyakinan tinggi rakyat serta komuniti global terhadap tadbir urus, hala tuju ekonomi, dan komitmen Malaysia ke arah pembangunan yang inklusif.
“Pengiktirafan ini bukan sekadar angka, tetapi ia adalah refleksi kepada keyakinan rakyat terhadap institusi dan kepimpinan negara. Ia membuktikan bahawa usaha Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus yang baik, kestabilan ekonomi, dan keharmonian sosial sedang membuahkan hasil yang positif.”
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan MADANI akan terus mempertahankan prinsip ketelusan, akauntabiliti, dan dasar-dasar yang mengutamakan rakyat demi memastikan elemen ‘kepercayaan’ ini kekal menjadi asas kepada kemajuan negara.
Di kala kebanyakan negara lain sedang berdepan dengan peningkatan polarisasi dan ketidaktentuan, kedudukan Malaysia dalam kelompok negara paling dipercayai ini menunjukkan kekuatan negara dalam memelihara perpaduan di dalam kepelbagaian.
Artikel berkaitan : RM1.9 Juta Disalur Untuk Baik Pulih PPR Desa Mutiara, Fokus Keselamatan Penghuni
Artikel berkaitan : KPKT Saran PBT Kurangkan Sewa Premis Hingga Akhir 2026 Demi Ringankan Beban Peniaga Kecil
Sambil menyifatkan pencapaian ini adalah milik semua rakyat Malaysia, Nga turut mengingatkan semua pihak agar tidak leka.
Walaupun laporan tersebut ada menyentuh tentang cabaran berkaitan perpecahan sosial dan penyebaran maklumat palsu, penemuan ini harus dijadikan peringatan.
Semua pihak digesa untuk terus memupuk persefahaman bersama, keterangkuman, dan wacana awam yang bertanggungjawab demi melindungi keharmonian serta kemakmuran jangka panjang negara.

12 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















