Syaz Ft 2026 04 02T164145.966

Di saat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita duka mengenai keretakan rumah tangga pasangan pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana, muncul pula individu tidak bertanggungjawab yang sanggup melemparkan fitnah melampau.

Lebih menyakitkan hati, individu tersebut secara terang-terangan menuduh Zizi Kirana telah “terlanjur” (dengan orang lain) ketika menyertai program Sumud Flotilla, sebuah program kemanusiaan untuk Palestin yang disertai mereka sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Semoga cepat sembuh Aceh” – Imam Muda Asyraf, PU Rahmat & Haroqs Turun Padang Bantu Warga Aceh

Artikel berkaitan: “Saya dib*gelkan 3 kali” – PU Rahmat Kongsi Pengalaman Ditahan Rejim Isra*l

Melihatkan komen yang dianggap ‘mulut longkang’ itu, pendakwah bebas, PU Rahmat (Rahmat Ikhsan), tidak dapat menahan sabar dan tampil memberikan teguran yang cukup pedas menerusi hantaran di media sosialnya.

Menurut PU Rahmat, tindakan individu yang menggunakan akaun palsu (fake account) itu adalah sesuatu yang sangat menjijikkan kerana sanggup mengaitkan dosa zina tanpa sebarang bukti.

“Begitu bangsat lidah seorang pembenci. Kenapa lidah begitu bangsat mengaitkan dosa zina yang tiada asal usul?” tegas beliau dalam hantarannya.

Apa yang membuatkan ramai lebih terkilan adalah apabila individu tersebut cuba mencemarkan kesucian perjuangan pembebasan Gaza dengan tuduhan maksiat yang tidak masuk akal.

PU Rahmat turut menyatakan bahawa perceraian bukanlah pengakhiran segalanya, malah mendoakan agar hati kedua-dua selebriti itu bertaut kembali atau sekurang-kurangnya diberikan ruang untuk mencari kebahagiaan masing-masing tanpa gangguan fitnah.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.