Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk mendedahkan beberapa fail kerajaan yang berkaitan dengan fenomena makhluk asing dan hidupan angkasa lepas.

Beliau memaklumkan akan mengarahkan Setiausaha Pertahana untuk memulakan proses mengenal pasti serta membuka kepada umum dokumen berkaitan unidentified aerial phenomena (UAP), objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) dan maklumat lain yang berkait dengan isu berkenaan. Langkah itu didakwa dibuat susulan minat tinggi orang ramai terhadap perkara tersebut.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai skop sebenar pendedahan serta garis masa pelaksanaannya masih belum diperincikan. Tidak dapat dipastikan sejauh mana dokumen yang akan didedahkan atau sama ada ia melibatkan maklumat yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai rahsia.
Isu kewujudan makhluk asing kembali hangat diperkatakan selepas bekas Presiden AS, Barack Obama, dalam satu sesi audio siar menyatakan secara sinis bahawa makhluk asing itu “nyata tetapi beliau belum pernah melihatnya”. Beliau kemudian menjelaskan bahawa secara statistik kemungkinan wujudnya kehidupan di luar bumi adalah tinggi, namun tiada bukti pernah ditemui sepanjang tempoh pentadbirannya bahawa bumi pernah dikunjungi makhluk angkasa.
Gambar hiasanTrump sebelum ini turut mendakwa bahawa Obama telah mendedahkan maklumat sulit, walaupun tidak menjelaskan secara terperinci jenis maklumat yang dimaksudkan. Kenyataan terbaharu Trump itu dijangka terus mencetuskan perdebatan mengenai tahap ketelusan kerajaan AS berhubung isu fenomena udara tidak dikenali dan spekulasi kehidupan luar bumi.
Sumber: Berita Harian

17 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















