Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum utama seperti Melayu, Cina, India serta pelbagai entik di Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia saling meraikan dan memberi ucapan setiap kali perayaan di negara ini.
Pemain badminton beregu campuran negara, Toh Ee Wei baru-baru ini telah menarik perhatian ramai peminat sukan kerana mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di Malaysia sambil membina replika kecil berbentuk Kaabah.
@toheeweiSelamat Menyambut Ramadan dan Semoga murah rezeki. 🤲🏻
♬ original sound – TOH EE WEI 🍉🍉🍉 – TOH EE WEI 🍉🍉🍉
Artikel Berkaitan: “Semangat ooo!”- Chen Tang Jie & Toh Ee Wei Dipuji Jawab Soalan Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu
Artikel berkaitan: “Tak boleh lift sahaja, saya defend” – Gelagat Tang Jie–Ee Wei Tular, Bagi Arahan Dalam Bahasa Melayu Buat Netizen Terhibur
Ee Wei telah berkongsikan video dirinya membina replika kecil menggunakan Lego itu menerusi TikTok beserta kapsyen ‘Selamat Menyambut Ramadan dan semoga murah rezeki’ kepada umat Islam negara ini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat badminton turut mendoakan kejayaan Toh Ee Wei untuk kejohanan badminton yang seterusnya dan tidak kurang juga ada yang bertanyakan di manakah Ee Wei membeli replika mini berbentuk Kaabah itu kerana mereka turut mahukan replika tersebut.

21 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















