Kemeriahan dalam satu majlis perkahwinan berubah menjadi detik cemas apabila titi gantung di kawasan berkenaan secara tiba-tiba runtuh dan menyebabkan lebih daripada 50 orang terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, seorang lelaki patah kaki kerana terjatuh atas batu sementara kanak-kanak cedera di bahagian kepada dan 3 orang lagi alami luka serta sesak nafas.
Artikel berkaitan : “Tak dapat dielak” – Kos Kenduri Kahwin Dijangka Meningkat 20% Tahun Ini
Artikel berkaitan : Malas Nak Hadap Tetamu Tak Diundang Ketika Kenduri Kahwin? Buku Tamu Digital Ini Bakal Bantu Pengantin!
Lebih 50 orang guna titi dalam satu masa

Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari berkata kejadian itu berlaku apabila rombongan pengantin lelaki telah bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung itu.
“Saya dimaklumkan semasa kejadian lebih 50 orang menggunakan laluan titi itu dalam masa yang sama. Rombongan pengantin lelaki dari Pasir Puteh ingin pulang manakala tetamu daripada pengantin wanita pula baru sampai ke kenduri.”
Katanya, sebaik sahaja dimaklumkan berkenaan dengan kejadian tersebut, panggilan kecemasan telahpun dibuat dan empat buah ambulans datang ke lokasi.
Jelasnya, kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital dan sehingga Jumaat hanya lelaki yang mengalami patah kaki masih ditahan untuk menerima rawatan dan selebihnya telah dibenarkan pulang.

“Saya dimaklumkan kanak-kanak yang mengalami cedera di kepala telah menerima beberapa jahitan. ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Manek Urai, Fauzi Abdullah telah hadir ke lokasi kejadian pada petang semalam dan titi gantung yang runtuh itu akan dibaik pulih segera.”
Menurutnya, titi gantung tersebut telah dibaiki selama beberapa kali sebelum ini dan ia merupakan kemudahan utama kepada beberapa penduduk di lima buah rumah di kawasan berkenaan.
Jelasnya, laluan itu hanya boleh dilalui menggunakan motosikal serta pejalan kaki sahaja. Namun begitu, ada laluan darat lain tetapi lebih jauh.
“Apabila titi gantung ini runtuh, hasil pemeriksaan yang dilakukan semalam mendapati tali pengikat titi gantung di dalam simen sudah uzur dan perlu diganti baharu.”
“InsyaALLAH Ahad ini pihak kami akan segera mengangkat masalah ini kepada pihak terlibat bagi mendapatkan peruntukan segera untuk baik pulih.”
Sumber : Sinar Harian

6 days ago
22






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















