5F1

Peminat sukan permotoran di seluruh dunia kecewa selepas dua perlumbaan penting Formula One di Asia Barat dibatalkan susulan ketegangan keselamatan yang semakin memuncak di rantau berkenaan.

Penganjur F1 mengesahkan bahawa Bahrain Grand Prix dan Saudi Arabian Grand Prix yang dijadual berlangsung pada April ini tidak akan diadakan berikutan perkembangan konflik serantau yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Dalam kenyataan rasmi, pihak F1 memaklumkan beberapa pilihan termasuk perlumbaan gantian telah dipertimbangkan, namun akhirnya diputuskan bahawa tiada perlumbaan alternatif akan diadakan pada bulan tersebut. Pembatalan itu turut menjejaskan beberapa siri sokongan termasuk Formula 2, Formula 3 serta F1 Academy yang sepatutnya berlangsung pada masa sama.

Screenshot 2026 03 15 At 11.43.51 Am Scaled

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula One Group, Stefano Domenicali, berkata keputusan itu bukan sesuatu yang mudah, namun ia diambil selepas menilai situasi keselamatan semasa bersama Fédération Internationale de l’Automobile.

Sementara itu, Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem menyatakan kedua-dua perlumbaan di Bahrain dan Arab Saudi merupakan komponen penting dalam kalendar F1, namun keselamatan semua pihak perlu diutamakan. Beliau berharap perlumbaan di kedua-dua negara itu dapat kembali dianjurkan apabila keadaan serantau kembali stabil.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.