MCMC Perketat Syarat Pemilikan Kad SIM, Ini Apa Yang Berubah

20 hours ago 11

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini telah mengeluarkan Penentuan Suruhanjaya mengenai Standard Mandatori bagi Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar, Penentuan No. 1 Tahun 2026 (“Standard Mandatori”).

Langkah ini merupakan langkah drastik kerajaan untuk mengekang trend penipuan atas talian (scam) yang semakin licik dan memastikan keselamatan ekosistem digital negara.

05A3E619 Mcmc Skmm Mcmc Pic 290324 Ezgif.com Avif To Jpg Converter

Berikut adalah tiga perubahan utama yang perlu anda tahu yang disebutkan dalam Standard Mandatori ini :

1. Had Pemilikan: Maksimum 5 Kad SIM Sahaja

Bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan data peribadi dan kewujudan talian “hantu” yang sering digunakan oleh sindiket penipuan, MCMC kini menetapkan had pemilikan kad SIM prabayar:

  • Warganegara/Penduduk Tetap: Dihadkan kepada 5 kad SIM sahaja bagi setiap penyedia perkhidmatan (telco).

  • Warga Asing: Hanya dibenarkan mendaftar maksimum 2 kad SIM bagi setiap telco.

  • Tujuan: Menyukarkan scammer untuk melambakkan talian di bawah satu identiti bagi menjalankan aktiviti haram secara besar-besaran.

2. Pelancong: Kad SIM Hanya Sah 3 Bulan

Satu lagi peraturan yang cukup ketat adalah melibatkan warga asing yang berkunjung ke Malaysia.

Berkuatkuasa Kad SIM prabayar yang dibeli oleh pelancong kini mempunyai tempoh sah laku maksimum 3 bulan sahaja.

Lm Gambar Hiasanvsim Card

  • Selepas tempoh tiga bulan, talian tersebut akan ditamatkan secara automatik.

  • Langkah ini bertujuan menghalang akaun prabayar pelancong daripada terus aktif dan jatuh ke tangan pihak ketiga atau sindiket jenayah setelah mereka meninggalkan negara.

3. Ibu Bapa Sebagai Penjaga Digital: Syarat Ketat Bawah 18 Tahun

MCMC juga kini lebih tegas dalam isu perlindungan kanak-kanak di bawah umur. Berdasarkan peraturan baharu:

  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan mendaftar kad SIM prabayar atas nama sendiri.

  • Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, pendaftaran kad SIM mesti dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.

  • Ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aktiviti digital anak-anak mereka, sekali gus memberi mesej jelas bahawa keselamatan siber bermula dari pengawasan di peringkat keluarga.

Secara keseluruhannya, MCMC tidak lagi mahu membiarkan pendaftaran kad SIM menjadi proses yang “longgar”. Dengan penggunaan biometrik dan MyDigital ID yang semakin diperkukuh, setiap talian prabayar kini mempunyai akauntabiliti yang lebih tinggi.

Peraturan Baharu Sim Card Mcmc

Walaupun nampak lebih renyah, ia adalah benteng pertahanan utama untuk melindungi rakyat daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Artikel berkaitan : Pelajar UMPSA Ditahan Polis, Didakwa Buat Hantaran Gambar Hina Islam

Artikel berkaitan : Hati-Hati Dengan Panggilan Senyap, Ini Taktik Baru Scammer Yang Korang Patut Ambil Tahu

Menurut kenyataan MCMC, sebarang ketidakpatuhan akan dikenakan tindakan pengawalseliaan demi mewujudkan ekosistem komunikasi yang lebih selamat dan terjamin.

MCMC turut menasihatkan pengguna supaya mendaftar kad SIM prabayar hanya melalui penyedia perkhidmatan berlesen serta pengedar yang dibenarkan, dan sentiasa berwaspada terhadap saluran pendaftaran yang tidak sah.

Sumber : MCMC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |