Kementerian Pertahanan menegaskan tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam insiden kematian Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi di Bentong, Pahang.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian memandang serius kejadian tersebut dan menegaskan sebarang bentuk keganasan, salah laku atau pelanggaran disiplin tidak mencerminkan nilai serta profesionalisme Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Saya amat berdukacita menerima berita pemergian Allahyarham. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Artikel berkaitan: Selepas 2 Minggu Dirawat Di Hospital, Prebet Yang Dipukul Koperal Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: Kes Prebet Muqriz: Ibu Dedah Anak Pernah Mengadu Tidak Tahan, Mahu Berhenti Secara Baik
Datuk seri mohamed khaled nordinMenurut beliau, kes tersebut kini dalam proses perundangan dan akan ditentukan sepenuhnya oleh mahkamah mengikut lunas undang-undang.
Dalam masa sama, Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan sepenuhnya, selain mengarahkan ATM memperkukuh aspek disiplin serta integriti pasukan.
“Kementerian akan memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya, serta mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia memperkukuh disiplin dan integriti pasukan melalui tindakan tegas, agar kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.
Sumber: Facebook Kementerian Pertahanan

11 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















