Dalam satu langkah mengejut, kerajaan sementara Thailand telah mengarahkan semua agensi persekutuan dan perusahaan milik negara yang bersesuaian untuk segera melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (WFH). Langkah ini diambil bukan kerana isu kesihatan, tetapi sebagai strategi kecemasan untuk menjimatkan penggunaan tenaga negara.
Jurucakap kerajaan Thailand, Lalida Prertwiwatthana, menjelaskan bahawa arahan ini tertumpu kepada jabatan yang boleh beroperasi secara digital tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Ketidaktentuan geopolitik yang memuncak di Asia Barat telah mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan minyak global. Memandangkan Thailand sangat bergantung kepada import minyak mentah dari rantau tersebut, WFH dilihat sebagai cara paling efektif untuk mengurangkan perbelanjaan operasi negara.
Artikel berkaitan: Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat Awam Yang Terkesan Aliran Trafik Boleh WFH
Artikel berkaitan: Gara-gara Lori Kontena, 70 Tiang Elektrik Tumbang Di Thailand
Selain WFH, pejabat Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul turut meminta semua agensi menangguhkan lawatan kerja ke luar negara dan menggantikan program latihan fizikal kepada aktiviti dalam talian bagi meminimumkan penggunaan tenaga.
Isu WFH di negara jiran ini nampaknya telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen tempatan. Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata rakyat mempunyai pandangan berbelah bahagi mengenai pelaksanaan semula dasar WFH ini.
Ada yang menyokong penuh langkah tersebut atas faktor fleksibiliti, namun ramai juga yang skeptikal dengan ‘kepercayaan’ majikan terhadap pekerja jika tidak berada di pejabat.

Bukan itu sahaja, isu potongan gaji juga menjadi kebimbangan utama sekiranya dasar ini dilaksanakan secara meluas. Netizen berpendapat bahawa majikan seharusnya lebih proaktif dalam menguruskan sumber tanpa perlu menunggu arahan rasmi daripada pihak atasan atau kerajaan.

Langkah Thailand ini membuktikan bahawa WFH kini bukan sekadar trend pasca-pandemik, tetapi satu alat ekonomi untuk kestabilan negara.
Sumber: Astro Awani, Threads

2 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















