Kemelut rumah tangga usahawan kontroversi, Datuk Red dan penyanyi popular, Adira Suhaimi nampaknya masih belum menemui titik noktah yang tenang. Terbaru, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tampil menjelaskan pendiriannya mengenai isu pengesahan rujuk yang sedang diperjuangkan di mahkamah.
Menerusi satu temubual media, Datuk Red secara terbuka mengakui bahawa dia sedar ramai yang melabelnya sebagai seorang yang tidak boleh move on atau ‘gila talak’. Namun bagi beliau, apa yang dilakukan ketika ini bukanlah untuk memaksa hubungan tersebut kembali seperti dulu, sebaliknya demi menyelesaikan urusan yang masih tergantung.
Tak Mahu Hubungan Toksik Berlanjutan
Datuk Red menerusi Hlive menegaskan bahawa dia juga tidak mahu terus terperangkap dalam perkahwinan yang dianggap sudah ‘toksik’ untuk diteruskan.
“Benda perkahwinan ini kalau saya teruskan juga, ia toksik. Ia toksik. Selalu orang akan anggap saya ini sebagai tak move on lah, gila talak… tak apa. Saya buat ini (pengesahan rujuk) untuk pengesahan sahaja,” katanya.
Beliau turut menitipkan pesanan buat peminat setia Adira agar tidak perlu bimbang dengan tindakan undang-undang yang diambilnya itu. Jelasnya, jika mahkamah memutuskan rujuk tersebut tidak sah, beliau reda dan akan mengikut prosedur seterusnya untuk berpisah secara rasmi.
Dengan gaya bicaranya yang bersahaja, Datuk Red menyatakan bahawa niat utamanya adalah untuk mempermudah urusan kedua-dua belah pihak. Malah, beliau sendiri yang mengambil inisiatif untuk memfailkan pengesahan tersebut bagi mengelakkan sebarang kekeliruan status pada masa hadapan.
“Andai kata rujuk ini tak sah, tak apa tak sah. Jangan takut. Sabar peminat Adira, kawan-kawan dia ke siapa ke… Kalau rujuk ini sah, tak ada masalah, saya sendiri yang akan pergi mohonkan dia untuk berpisah (secara rasmi),” katanya lagi.
Apa yang mengejutkan, Datuk Red mendedahkan bahawa dia hampir melakukan proses talak di luar mahkamah mengikut caranya sendiri, namun dinasihati oleh peguam untuk tidak berbuat demikian bagi mengelakkan implikasi undang-undang yang lebih berat.
Kini, Datuk Red hanya menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah dan pihak berkuasa agama untuk menentukan status sebenar hubungan mereka. Baginya, apa yang penting adalah kebenaran dan kejelasan status agar masing-masing boleh meneruskan hidup dengan lebih tenang.
Sumber: Hlive

3 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















