Datuk Red Tuntut Rm100000 Adira

Penyanyi Adira Suhaimi berasa kesal dan kecewa kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan bekas suami, Datuk Red pada Disember tahun lalu masih belum berakhir.

Adira mendedahkan Datuk Red mengenakan syarat terhadapnya jika mahu kes tersebut ditarik semula beberapa hari sebelum prosiding hari ini berlangsung.

Menurut penyanyi Sayang Orang Sama itu, Datuk Red memintanya untuk menggugurkan saman sivil berkaitan tuntutan hutang serta membayarnya wang tunai RM100,000 untuk batalkan kes rujuk.

“Saya terkejut atas beberapa tuntutan iaitu beberapa hari sebelum ini dengan mengatakan dia boleh batalkan dan mengaku depan hakim yang rujuk tidak berlaku sekiranya saya ikut syarat dia.

“Syaratnya ialah dia meminta saya menggugurkan saman sivil saya terhadap dia atas tuntutan hutang dan nak saya beri dia wang tunai RM100,000 untuk dia batalkan rujuk ini,” katanya.

Adira bagaimanapun tidak bersetuju dengan syarat terbabit kerana berasakan perkara tersebut tidak wajar untuknya membayar dengan jumlah itu.

“Malangnya saya tidak bersetuju sebab saya kerja pagi petang siang malam, ada empat tanggungan (anak-anak) di rumah dan tak pernah menyusahkan dia pun.

“Tergamaknya dia ya? Sanggup dia beri tuntutan terhadap bekas isteri yang bertungkus-lumus menjaga anak-anak tanpa menyusahkan dia pun sebenarnya.

“Jadi, itu adalah antara tuntutan yang dia beri tetapi saya tidak bersetuju, maka berlakulah bicara di mahkamah hari ini,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Adira Tidak Dimaklumkan Awal, Terkejut Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

Artikel berkaitan: Datuk Red Hantar Notis Mohon Keluarga Adira ‘Take Down’ Sebarang Posting Tentangnya

Whatsapp Image 2024 03 05 At 9.36.21 Am

Mengulas lanjut, saman sivil itu membabitkan wang pinjaman berjumlah ratusan ribu yang diberikan kepada Datuk Red selepas mereka bercerai. Lantaran itu, Adira menuntut haknya dipulangkan semula mengikut saluran undang-undang.

Sementara itu, Adira berkata selama ini dia memilih untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

“Tak akanlah saya nak diam saja bila orang dah pijak-pijak begini.

“Bagilah saya bercakap sekali namun hanya benda yang sepatutnya sahaja, perkara perlu saja saya kongsi,” tambahnya.

Menurut laporan, mahkamah menangguh prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap Adira pada 25 Jun depan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.