“Tarian b*gel & upacara syirik” – JAKIM Digesa Siasat ‘Program Motivasi Wanita’ Disyaki Sebar Ajaran Sesat

8 hours ago 9

Tular di Facebook mengenai satu pendedahan yang mengejutkan tentang program motivasi wanita yang didakwa telah menyimpang dari ajaran agama Islam.

Seorang wanita menerusi akaun Facebooknya mendedahkan, ajaran itu dikatakan berselindung di sebalik program keluarga bahagia, seni cinta rumah tangga dan motivasi kepada wanita.

Program itu difahamkan dikendalikan sepasang isteri didakwa menyebarkan ajaran sesat yang menyasarkan kaum hawa bekerjaya yang sedang tertekan dengan masalah rumah tangga termasuk isu suami curang, hubungan dingin dan tekanan emosi.

Artikel berkaitan: 150 Pengikut Ajaran Sesat Si Hulk ‘Lari’ Ke New Zealand, Mohon Perlindungan Suaka

Program tersebut pada asalnya didakwa dapat membantu wanita menjadi lebih romantik dan menyemarakkan lagi hubungan rumah tangga.

Namun, program diselitkan unsur mencurigakan apabila dimasukkan elemen spiritual asing, urutan sulit dan penjualan produk lucah.

516045819 122115950060901323 368039028573857557 n

Dia turut mendedahkan, peserta wanita yang telah mengikuti program itu akan diminta untuk bercerai dengan pasangan mereka malah mendakwa suami peserta diberikan ramuan ‘cendawan ajaib’ dibawa khas dari Bali untuk tujuan yang mencurigakan.

Dalam pendedahan terbaharu, peserta diminta untuk melakukan upacara seperti ritual keagamaan yang dilihat amalan tersebut serupa dengan agama pagan dan Buddha.

Screenshot 2025 07 11 131511

Mereka yang melakukan upacara ini dikatakan ‘dilahirkan semula’ dan telah disucikan dari segala ‘tenaga’ buruk dalam badan.

Susulan pendedahan ini, mereka yang pernah mengikuti program itu menggesa supaya pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan.

Penyanyi rap dan aktivis kemanusian, Caprice juga tampil bersuara memohon pihak berkuasa menyiasat program ini.

Sementara itu, menurut laporan Malaysia Gazette, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Sumber: Facebook, Malaysia Gazette, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |