trainer gangguan swksual

Aktivis sosial dan rappers terkenal, Caprice sekali lagi mendedahkan satu kejadian gangguan seksual yang melibatkan seorang perunding latihan (trainer) di dalam sebuah bas.

Kisah ini didedahkan oleh seorang individu kepada rappers tersebut yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa kepada trainer yang pangkat doktor tersebut.

Menurut mangsa, kejadian itu berlaku ketika dia di dalam bas untuk pulang selepas menghadiri satu kursus di Kuala Lumpur.

s 2

Artikel berkaitan: Suami Minta Tolong Caprice Dedah Individu Bergelar ‘Ustaz’ Hantar Video Luc*h Kepada Isteri

Artikel berkaitan: “Gambar tu sepatutnya saya crop” – Pempengaruh Rayu Mahu Jumpa Ibu Mangsa, Hantar Foto Tak Senonoh Pada Budak 14 Tahun

“Nak terus sergah, takut dia tak mengaku” 

Ketika kejadian, mangsa mendakwa dia sangat letih sehingga tertidur di tempat duduknya bersebelahan tingkap bas.

Namun ketika berada di sekitar kawasan Ipoh, dia tersedar dan mendapati paha dan kemaluannya telah diraba oleh trainer berkenaan.

Semasa di Ipoh (Highway PLUS), saya tersedar paha dan kemaluan saya diraba dan ada pergerakan tangan dan jari usap paha dan kemaluan saya. 

“Saya duduk di tepi tingkap. Saya nak terus sergah takut dia tak mengaku. Jadi saya tunggu masa sesuai untuk rekod sebab dalam bas gelap sebab perjalanan malam, saya nak buka flash untuk rekod takut dia pula tersedar,” katanya.

Namun kemudian dia mengambil keputusan untuk merakam ketika bas melalui Terowong Menora memandangkan ada lampu di dalam terowong itu.

Jadi cara saya rakam adalah terpaksa mengangkat paha kaki kanan dan ambil video dari bawah untuk nampakkan padanya dari bawah. 

“Video semasa raba kemaluan saya tak dapat ambil. Saya terpaksa ambil video cepat-cepat sebagai bukti. Boleh nampak dalam video jari bergerak di balik selimut,” katanya.

Mangsa sempat pukul pelaku ketika bas berhenti rehat 

Di dalam video yang dikongsikan Caprice, dipaparkan juga tindakan mangsa yang menegur dan memukul kepala lelaki tersebut ketika bas mereka berhenti rehat di Hentian Taiping.

Difahamkan, mangsa sempat mengambil kad pengenalan pelaku sebelum lelaki itu menukar tempat duduk ke belakang bas selepas kejadian berlaku.

s5 side

Ketika bas berhenti untuk berehat sebentar, masa tu dia tarik tangan seolah-olah tak berlaku apa-apa. Saya sergah dia.

“Asbab kejadian ni saya trauma naik bas dan saya susah nak tidur malam bila teringatkan perkara ini. Jantung saya berdebar laju.

“Wallahi saya bercakap benar. Semoga video ini jadi kekuatan kepada mangsa-mangsa gangguan seksual tampil untuk pembelaan,” katanya lagi.

Difahamkan laporan polis juga sudah dibuat berhubung kejadian tersebut kerana mangsa bimbang jika kejadian sama berulang kepada orang lain pula.

Sumber: Instagram, mStar