Seorang suri rumah baru-baru ini telah mengalami detik mencemaskan apabila dia kerugian RM500 selepas sejumlah wang dan telefon bimbit telah disamun oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di hadapan rumahnya dekat Bandar Perdana, Jasmine Fasa 1, Sungai Petani.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.35 pagi itu telah dirakam oleh CCTV milik rumah mangsa yang memaparkan wanita berusia 50 tahun itu sedang menjemur kain.
Dia kemudian dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki yang secara tiba-tiba melompat masuk ke dalam rumahnya.
@syed_sys_6776SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila rumahnya di Bandar Perdana di sini diceroboh seorang lelaki dalam kejadian kira-kira 7.35 pagi Selasa. Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan sedang menjemur pakaian di halaman rumah sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali. Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam perbuatan lelaki tersebut dan tular di media sosial. Dalam rakaman terbabit, kelihatan kelibat suspek yang datang dari luar sebelum melompat melalui tembok dan masuk ke rumah. Mangsa yang terkejut kemudian meluru masuk ke dalam rumah bagaimanapun tidak sempat untuk mengunci pintu. Suspek yang dikesan memegang senjata di tangan sempat melarikan sejumlah wang tunai dan telefon bimbit sebelum melarikan diri. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian. Menurutnya, polis kini sedang mengenal pasti dan giat memburu suspek yang disyaki terlibat dalam kes terbabit. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – SINAR HARIAN .
♬ original sound – SYS Legacy 767 – SYS Legacy 767
Artikel berkaitan: Polis T*mbak M*ti 2 Penyamun Terlibat Lebih 70 Kes Jenayah, Termasuk Samun Pusat Pengumpulan Parcel J&T
Artikel berkaitan: 5 Perompak Menyamar Jadi Polis Nak Samun Sebuah Rumah
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek bertindak memanjat pagar sebelum mengacukan sebilah pisau ke arah mangsa.
Menyedari kehadiran suspek, mangsa cuba berlari masuk ke dalam rumah tetapi tidak sempat. Suspek mengugut untuk menikamnya jika tidak menyerahkan wang.
“Akibat ketakutan wanita terbabit menyerahkan sejumlah wang dan telefon bimbit miliknya sebelum suspek melarikan diri,” katanya.
Menurut beliau, mangsa walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Menerusi perkongsian terbaru di X, suspek yang berusia 21 tahun telah ditahan dalam tempoh kurang 24 jam di depan sebuah kedai makan di Taman Sidam Kiri.
Suspek yang juga seorang penganggur itu didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.