ft duit berkepuk

Sejak kebelakangan ini, pempengaruh Prince Syed Shahid seringkali menjadi tumpuan netizen dan terbaru, tular pula video dirinya menunjukkan timbunan wang tunai dan emas-emas yang dimilikinya.

Menurutnya, kesemua wang tunai tersebut merupakan wang nafkah buat isterinya yang berjumlah RM 500,000. Bahkan, Prince Syed turut menegaskan bahawa kesemua emas yang dia miliki itu adalah emas tulen.

Artikel berkaitan : “Dia bukan orang suka berhutang” – Pempengaruh Prince Syed Pertahankan Che Ta

Artikel berkaitan : “Tak payah nak curi duit rakyat” – TMJ Bagi Sumbangan Bantu Orang Muar Tapi Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat Syed Saddiq?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen anggap tindakan Prince Syed Shahid ini agak keterlaluan. Ketika ada yang mempertikaikan bahawa orang kaya tidak akan menayangkan kemewahan yang mereka ada, Prince Syed mengatakan yang dia bukanlah orang berada.

Ada juga netizen yang memerli dengan mengatakan bahawa timbunan wang itu telah disewa. Namun segala persoalan netizen dijawab Prince Syed tenang, apabila ada yang melabelkan dirinya sebagai seorang yang sombong bila ditegur.

prince syed prince syed 2 prince syed 3 prince syed 4 prince syed 5 prince syed 6

Hurm, banyaknya duitnya, kalau min macam-macam dah beli.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.