Pengendali dan pengurus Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan bahawa bintang kebangsaan, Faisal Halim kira berada dalam keadaan terbaik dan tidak rasa terganggu biarpun kini sedang berdepan masalah peribadi menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura dan Palestin.
Katanya, Faisal menunjukkan disiplin tinggi sepanjang sesi latihan skuad kebangsaan, dia bekerja keras dan sentiasa berusaha mengekalkan prestasi cemerlang di padang.
Artikel berkaitan : “Terlalu banyak campur tangan” – Dakwa Bukan Kali Pertama, Isteri Faisal Halim Dedah Punca Failkan Cerai
Artikel berkaitan : Nama Tersenarai Dalam Mahkamah Syariah, Isteri Faisal Halim Tuntut Cerai?
Tak terkesan dengan hal rumah tangga
“Dari segi bola sepak, Faisal benar-benar berada dalam ‘good shape’. Dia menjalani latihan konsisten, pendekatannya profesional dan mentalitinya untuk menjadi yang terbaik cukup mengagumkan.”
Semalam, berita tergempar mengenai rumah tangga Faisal Halim jadi tumpuan selepas, isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahril memfailkan penceraian terhadap pemain sayap itu.
Cklamovski turut akui bahawa hal peribadi kelaurga itu harus dihormati, oleh itu katanya, seluruh pasukan memberikan sokongan padu buatnya.
“Kami semua berada di belakangnya. Dia menguruskan hal peribadinya dengan baik, tetapi dari segi bola sepak, tiada sebarang kesan. Dia kekal fokus dan bersedia sepenuhnya untuk pasukan.”
Dalam pada itu, Cklamovski turut kongsikan bahawa Faisal tetap ada perancangan untuk aki bertemu Singapura, namun beliau menegaskan bahawa keputusan akhir hanya dibuat pada hari perlawanan.
Sumber : Sinar Harian