Sebagai seorang Muslim, solat itu adalah satu perkara wajib yang kita harus lakukan setiap hari. Namun, realitinya tidak semua diberikan kemudahan untuk menunaikannya, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di pejabat.
Tidak semua pejabat yang menyediakan ruang solat, sedangkan surau di tempat kerja itu amatlah penting. Ia bukan sahaja memudahkan pekerja Muslim, malah ia dapat menunjukkan keprihatinan majikan terhadap kewajiban agama.
Di dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, pengguna TikTok yang dikenali sebagai @aideabig menunjukkan ruang solat yang disediakan oleh majikannya meskipun dia bekerja di United Kingdom (UK).
Artikel Berkaitan: Lelaki Korea Ubah Sebahagian Rumah Jadi Surau Di Pulau Jeju
Artikel Berkaitan: Bina Surau Cantik & Selesa Untuk Pekerja Muslim, Majikan Non-Muslim Ini Dipuji Netizen
Mat Salleh Pun Respect Our Solat Time
Pengguna TikTok tersebut mengatakan ada beberapa orang yang memberitahunya bahawa ada segelintir majikan tidak membenarkan pekerja mereka menunaikan solat.
“Saya rasa menyediakan tempat solat itu sangat penting kerana solat ambil masa 10 hingga 15 minit sahaja”
‘Solat itu tidak merugikan syarikat’, tulis wanita tersebut dalam kapsyen video itu. Menerusi video tersebut dia turut menunjukkan keadaan di dalam surau lengkap dengan kemudahan serta cukup selesa untuk pekerja muslim menunaikan solat.
@aideabigThe company won’t go bankrupt because of you, trust me I’m an auditor 😌♬ original sound – aideabigMenjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberi pandangan mereka tentang keperluan majikan menyediakan surau di tempat kerja. Wanita ini dipuji kerana mempunyai majikan prihatin, bukan seperti segelintir yang hanya sediakan stor untuk solat.
Sumber: TikTok