Ft Bass

Kemesraan antara penyanyi Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini terus menjadi bualan netizen apabila pasangan tersebut dipercayai bakal melangsungkan hari bahagia mereka dalam masa terdekat.

Dakwaan tersebut mula timbul berikutan dengan beberapa persiapan yang sedang dilakukan oleh pasangan itu.

Artikel berkaitan: “Selamat hari lahir, Ironlady” – Ucapan Syed Saddiq Sempena Hari Jadi Bella Astillah Buat Peminat Cair

Artikel berkaitan: “Yang tu hold dulu” – Video Syed Saddiq & Bella Astillah Di Kedai Emas Jadi Perhatian Netizen

Screenshot 2026 03 17 115126

Lebih menarik perhatian, rakan artis dan ahli politik, bahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri ada bercakap dan bertanyakan mengenai hal itu. Menerusi Threads, netizen juga ada berspekulasi yang pasangan ini katanya bakal disatukan tidak lama lagi.

“Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya,” Ben Ali.

Screenshot 2026 03 17 113344

Dalam pada itu, Fazura dalam satu siaran langsung berkata dia sudah sediakan baju berwarna kuning untuk dipakai semasa majlis rakannya dalam masa terdekat.

“Saya ada baju ini warna kuning yang mana akan dipakai pada majlis yang bermakna dalam masa terdekat. Ia adalah bagi meraikan kebahagaian rakan saya.”

Screenshot 2026 03 17 113412

Menerusi ruangan komen, peminat turut mendedahkan bahawa abang kepada Syed Saddiq kini sedang mencari baju berwarna kuning untuk dipakai pada 28 Mac ini.

Sekadar info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan mereka sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Sumber : mStar Online, Threads 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.