Seramai 15 individu termasuk 13 remaja lelaki ditahan polis susulan kejadian pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, Johor yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.45 tengah hari, Jumaat lalu.
Menurut beliau, susulan maklumat tersebut, satu operasi dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bersama Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Operasi tangkapan dilakukan antara jam 3 petang hingga 11.11 malam pada hari sama dan berjaya menahan seramai 15 suspek terdiri daripada 13 remaja lelaki serta dua wanita tempatan berusia antara 12 hingga 37 tahun,” katanya dalam kenyataan.
M. KumarasanArtikel berkaitan: Bergaduh Sebab Berebut Beg Aliff Syukri, Nad Zainal Minta 2 Wanita Masuk Kelas Lakonan
Artikel berkaitan: Polis Siasat Kejadian 5 Wanita Bergaduh Di Sebuah Taman Perumahan
Tambah beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas salah seorang suspek ditampar, sebelum situasi bertukar menjadi pergaduhan selepas waktu persekolahan.
Menurut polis, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkembangan sama, mahkamah membenarkan permohonan reman selama tiga hari terhadap dua wanita tempatan bermula Sabtu, manakala 13 remaja lelaki direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut.

10 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















