Masih ingat lagi tak kes viral seorang wanita yang naik angin selepas keretanya kena double park sampai dua jam di Wangsa Maju? Kalau korang perasan, baru-baru ni muncul pula video permohonan maaf daripada wanita yang dikenali sebagai Ayu itu.
Menerusi video yang tersebar, Ayu dilihat berdiri di sebelah pemilik kenderaan tersebut, Encik Muhammad, untuk memohon maaf secara terbuka. Ayu mengakui dia gagal mengawal emosi sehingga bertindak merosakkan kenderaan lelaki tersebut menggunakan nut splitter di empat penjuru kereta.
Artikel berkaitan: “Ramai followers budak sekolah” – Caprice Dedah Ada ;‘TikTok Famous’ Jual Video Tak Senonoh Di Telegram?
Artikel berkaitan: Caprice Dedah Ramai Ibu Bapa Dakwa Anak Did*ra Lepas Hantar Ke Sebuah Tadika Terkenal
“Ayu buat video ni untuk mohon maaf kepada Encik Muhammad, benda ni terjadi atas kesalahan Ayu sendiri yang tak dapat mengawal emosi,” katanya.
Bukan setakat minta maaf, Ayu juga bersetuju untuk menanggung sepenuhnya kos membaiki kerosakan tersebut. Namun, apa yang menarik perhatian netizen bukan hanya permohonan maaf itu, tapi respon daripada penyanyi rap sensasi, Caprice.
Caprice menerusi hantarannya di Instagram meluahkan rasa musykil dengan cara kes ini dikendalikan. Bagi Caprice, tindakan lelaki tersebut yang melakukan double park selama dua jam juga adalah satu kesalahan, tapi kenapa hanya Ayu yang perlu beria memohon maaf?
Rata-rata netizen mula memenuhi ruangan komen dengan pelbagai teori. Ada yang rasa kasihan dengan Ayu kerana ‘ditekan’ untuk memohon maaf secara keterlaluan, manakala ada juga yang setuju tindakan merosakkan harta benda orang lain tetap tidak boleh diterima walau apa pun alasannya.

Sumber: Instagram

7 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















