Yb Taiping Iium

Mungkin ramai yang tak tahu, Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh ini rupa-rupanya lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dalam jurusan undang-undang (Bachelor of Laws).

Perkara ini dikongsikan di Facebook peribadinya, yang mana Ahli Parlimen ini memaparkan sijil kelulusan dari universiti tersebut dan kisah di sebalik suka dukanya menuntut ilmu di IIUM.

Pagi tadi ada kawan tanya saya dulu belajar kat mana.

“Sejak kecil lagi saya nak belajar undang-undang, namun saya bukan dari keluarga berkemampuan sangat. IPTA adalah satu-satu pilihan.

“Alhamdullilah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia memberikan saya satu peluang untuk mencapai cita-cita saya,” katanya.

626321165 1413473426822767 1126598969573126897 N

Artikel berkaitan: “Institut keilmuan tapi…” – ISTAC-IIUM Raih Bualan Netizen Sebab Jadi Lokasi Majlis Kahwin?

Artikel berkaitan: Dakwaan Rom Belajar Bina Kapal Daripada Orang Melayu, Persatuan Akademik Mohon UIAM Ambil Tindakan

Menurutnya lagi, demi membalas budi buat negara tercinta, beliau berjanji akan membuat yang terbaik dalam segala tanggungjawab yang diberikannya kepadanya.

Demi membalas budi negaraku yang tercinta, Insya-Allah saya akan buat yang terbaik dalam segala tanggungjawab yang diberikan kepada saya.

“Syukran jazilan khairan kathira,” katanya.

Dalam pada itu, Wong Kah Woh juga berkongsi kad matriknya yang tertera gambar serta nama universiti tersebut.

Iium

Perkongsian itu menerima pelbagai komen daripada netizen yang teruja dan berkongsi pengalaman mereka bagi yang pernah menuntut ilmu di IIUM.

Hantaran ini juga mendapat komen daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengakui beliau senior kepada Ahli Parlimen Taiping tersebut.

Komen 1 Down

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.