Bank Pusat Syria (CBS) secara rasmi memulakan urus niaga wang kertas baharu Syria pada Sabtu selepas melalui beberapa bulan persiapan rapi bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya di seluruh negara.
Seawal pagi, wakil bank-bank swasta serta syarikat pengurupan mata wang dilaporkan hadir ke cawangan Bank Pusat di setiap wilayah bagi menerima dan mengedarkan wang kertas pound Syria yang baharu ke dalam sistem kewangan.

Sehari sebelum itu, CBS telah mengeluarkan peringatan kepada semua pihak agar mematuhi garis panduan berkaitan penjagaan integriti, kualiti dan rupa bentuk wang kertas berkenaan, yang disifatkan sebagai dana awam serta lambang kedaulatan negara.
Langkah pengawalseliaan itu turut melibatkan kawalan ketat terhadap penggunaan dan pengedaran mata wang baharu bagi memastikan keyakinan orang ramai serta kestabilan sistem kewangan negara terus terpelihara.
Mata wang nasional baharu Syria tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden Ahmad al-Sharaa pada Isnin lalu dalam satu majlis di Istana Persidangan di Damsyik, sekali gus menandakan fasa baharu dalam pengurusan kewangan negara itu.
Sumber: Astro Awani

3 days ago
19































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















