Suspek Kes B*nuh Bandar Utama Alami Pelbagai Ilusi, 5 Tahun Tak Dapatkan Rawatan

8 hours ago 10

Seorang pakar psikiatri memberitahu kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa suspek yang merupakan remaja lelaki berusia 15 tahun yang didakwa telah membunuh rakan sekolahnya di sebuah sekolah di Bandar Utama tahun lepas mengalami penyakit mental selama 5 tahun tanpa menerima sebarang rawatan.

Peguam yang mewakili remaja berkenaan, Kitson Foong yang memberikan taklimat kepada pihak media mengenai prosiding yang dijalankan secara tertutup berkata, perkara itu dinyatakan saksi pembelaan kedua iaitu pakar psikiatri dan Pengarah Hospital Bahagian Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.

Artikel berkaitan : Kes T*kam Bandar Utama: Pakar Patologi Dedah Terdapat 180 Kesan T*kaman Pada Badan Mangsa

Artikel berkaitan : Ingatkan Nak Merompak! Lelaki Pecahkan Cermin Kereta di Bandar Utama Sebab…

Dah 5 tahun tak dapatkan rawatan

Kata IIan Lloyd, tertuduh tidak pernah dirawat secara beransur-ansur dan ia boleh menjejaskan keadaan mentalnya selama bertahun-tahun kerana penyakit itu tidak dirawat selama kira-kira 60 bulan.

“Doktor memberi keterangan bahawa seseorang yang mengalami penyakit mental mempunyai tempoh 28 bulan untuk mendapatkan rawatan awal dan ubat-ubatan yang boleh membantu mengawal keadaan tersebut serta menyokong proses pemulihan.”

“Namun, dalam kes remaja ini, penyakit itu tidak dirawat selama kira-kira 60 bulan. Menurut Ian Lloyd, keadaan tersebut menyebabkan penyakitnya semakin teruk dan semakin sukar untuk dirawat.”

“Beliau juga berkata remaja itu mengalami pelbagai ilusi. Tanpa rawatan, penyakit tersebut mula menunjukkan gejala dan menjadi semakin serius, khususnya dalam fikiran seorang remaja yang berusia 14 tahun ketika kejadian yang didakwa berlaku.”

“Ian Lloyd berkata ketiadaan rawatan menyebabkan gejala penyakit itu muncul dan menjadi semakin teruk,” kata Foong.

Screenshot 2026 08 13 165405

Dalam keterangannya lagi, pakar psikiatri itu ada menghuraikan definisi secara saintifik mengenai psikosis, skizofrenia dan istilah psikiatri lain bersama contoh kesemua ini boleh merangsang pemikiran seseorang.

“Beliau memberi keterangan bahawa semua keadaan ini sedang berlaku dalam fikiran remaja tersebut ketika kejadian yang didakwa berlaku.”

Selain itu, Ian Lloyd memberitahu bahawa remaja tersebut telahpun dirujuk ke hospital ketika prosiding di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Hasil penilaian psikiatri selama tiga bulan yang dijalankan oleh Ian Lloyd mendapati bahawa remaja tersebut layak untuk dibicarakan.

Foong turut mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk mengenal pasti secara khusus gangguan psikiatri yang dialami remaja berkenaan kerana perbicaraan masih berlangsung dan dia masih menjalani rawatan.

Sebelum ini, Foong telah menyampaikan kenyataan pembukaan pihak pembelaan, dengan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memanggil Ian Lloyd sebagai saksi pakar bagi menyokong penggunaan pembelaan tidak siuman di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu itu, Foong berkata remaja lelaki terbabit memohon maaf atas perbuatannya dengan memilih untuk memberikan kenyataan tanpa sumpah, bermakna tidak akan disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |