Perkhidmatan Tren Rapid KL di Stesen LRT Gombak mengalami gangguan sementara pagi tadi selepas seorang penumpang dipercayai pitam lalu terjatuh ke atas landasan sekitar jam 9.05 pagi.
Menurut kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Rapid KL, sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) telah diaktifkan secara automatik sejurus insiden berkenaan berlaku. Seiring dengan prosedur keselamatan, bekalan kuasa ke kawasan landasan turut diputuskan serta-merta bagi membolehkan pasukan operasi dan Polis Bantuan menjalankan tindakan menyelamat dengan pantas.
Artikel berkaitan: “Bukan dari komponen tren” – Rapid KL Dedah Punca L*tupan Kecil Di Laluan Kelana Jaya
Artikel berkaitan: Viral Video Penumpang Berlari Kejar Tren, Ini Respon RapidKL
Penumpang terbabit berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan oleh petugas stesen dan diberi bantuan awal di bilik kecemasan sementara menantikan ketibaan ambulans.
Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur bagi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Pihak Rapid KL turut mengesahkan bahawa pemeriksaan lanjut telah dijalankan bagi memastikan kawasan landasan berada dalam keadaan selamat. Operasi tren dilaporkan telah pulih dan kembali beroperasi seperti biasa pada jam 9.12 pagi.
Para pengguna disarankan untuk terus mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid KL menerusi saluran media sosial rasmi mereka.
Sumber: Facebook

13 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















