Lain Tapi NGAM? Mamee Monster & ZUS COFFEE Rai Kepelbagaian Unik Rakyat Malaysia Sempena Bulan MerdekaSempena Bulan Merdeka

8 hours ago 11

Segalanya bermula dengan ‘usikan manja’ di media sosial. Sejak beberapa minggu lalu, karakter Blue Buddy daripada ZUS COFFEE dan Mamee Monster saling usik-mengusik tentang kedai siapakah yang paling gah di Jonker Street. Sekilas pandang, kedua-dua karakter itu sememangnya tidak mempunyai banyak persamaan. Satu adalah maskot snek mi yang rangup kegemaran rakyat Malaysia, manakala satu lagi merupakan teman kepada kopi mampu milik kesukaan ramai. Namun, kedua-dua jenama tempatan ini bekerjasama meraikan sesuatu yang difahami semua rakyat Malaysia: kita mungkin berbeza, tetapi apabila kita bersatu, kita boleh jadi “Lain Tapi NGAM”.

Sempena sambutan Hari Merdeka, Mamee Monster dan ZUS COFFEE berganding bahu menerusi kerjasama yang melangkaui kedua-dua jenama tersebut. Kerjasama ini meraikan semangat kebersamaan yang menyatukan rakyat Malaysia merentasi cita rasa, rutin dan personaliti yang berbeza, menunjukkan kita bahawa kepelbagaian bukanlah titik pemisah, sebaliknya menjadikan kita unik sebagai rakyat Malaysia.

Bagi merealisasikan idea ini, Mamee Monster dan ZUS COFFEE membawakan siri pengalaman edisi terhad yang menggalakkan rakyat Malaysia meraikan perbezaan melalui kegemaran tempatan yang dekat di hati, menggabungkan elemen nostalgia, keunikan rasa, barangan koleksi eksklusif dan detik-detik menggembirakan dengan pendekatan yang unik, menyeronokkan serta mencerminkan identiti Malaysia.

  • Pek edisi terhad Mamee Monster x ZUS COFFEE, menampilkan kempen ‘Cari & Menang’ yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi bekalan ZUS COFFEE selama setahun, tumbler eksklusif ZUS® Chubee™ Edisi Terhad dan baucar diskaun 15% ZUS COFFEE.
  • Mamee Monster Perisa Nasi Lemak edisi terhad, diinspirasikan oleh salah satu hidangan paling ikonik di Malaysia dan boleh didapati secara eksklusif dalam 10-Pek Mamee Monster x ZUS COFFEE. Pek ini turut menampilkan empat reka bentuk kolaborasi menarik untuk diterokai dan dikumpulkan.
  • Tiga minuman eksklusif ZUS COFFEE x Mamee Monster: Menampilkan Blue Ocean Soda, Berry Blue Chocolate dan Velvet Blue Smoothie. Menu ini menggabungkan rasa yang memikat dengan sentuhan warna biru daripada spirulina semula jadi yang diinspirasikan oleh kerjasama ini. Setiap minuman menggunakan campuran beri berasaskan epal, strawberi dan kranberi, dengan aroma lembut elderflower serta rasa masam manis yang menyegarkan. Menu ini boleh didapati di semua cawangan ZUS COFFEE mulai 17 Ogos hingga 16 September 2026.
  • “Lain Tapi NGAM”, cawan dua dalam satu yang pertama seumpamanya di ZUS COFFEE, menyajikan dua minuman secara bersebelahan dalam satu cawan yang sama. Nikmati padanan Blue Ocean Soda bersama Iced Spanish Latte, atau Blue Ocean Soda bersama Pink Lemonade. Setiap minuman mempunyai keistimewaannya tersendiri, namun apabila digabungkan, kedua-duanya menawarkan cara baharu untuk menikmati, bertukar antara perisa dan berkongsi bersama. Ia mencerminkan semangat kempen Lain Tapi NGAM, di mana dua perkara berbeza mampu menjadi paduan yang sempurna. Menu ini boleh didapati di 100 cawangan terpilih di sekitar Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor mulai 17 hingga 30 Ogos 2026.
  • Koleksi serba baharu ZUS COFFEE x Mamee Monster membawakan semangat ceria jenama snek kegemaran ramai menerusi rangkaian barangan koleksi gaya hidup eksklusif yang merangkumi:
    • ZUS Chubee Tumbler, boleh didapati dalam dua rekaan koleksi — “Best Buddies” dan “Lain Tapi NGAM”
    • ZUS x Mamee Monster Chubee Cup Sleeve
    • ZUS x Mamee Monster Chubitz
    • ZUS x Mamee Monster Stainless Steel Frozee
    • ZUS x Mamee Monster 2-in-1 Pouch – Lain Tapi NGAM
    • ZUS x Mamee Monster Lain Tapi NGAM Mid-Crew Socks
    • Kotak Hadiah Mamee Monster Plushie edisi terhad.

Stok adalah terhad. Semua koleksi ini boleh didapati mulai 17 Ogos 2026 di kedai dalam talian rasmi ZUS, di shop.zuscoffee.com, serta di cawangan ZUS terpilih di seluruh negara sementara stok masih ada.

Kenyataan daripada Mamee Monster:

“Mamee Monster sentiasa membawakan keseronokan, rasa yang enak dan kemesraan ketika menikmati snek setiap hari. Dengan ZUS COFFEE, kami melihat peluang untuk mencipta sesuatu yang benar-benar melambangkan jiwa Malaysia — satu kerjasama yang mungkin kelihatan luar biasa pada mulanya, tetapi menjadi sangat bermakna sebaik sahaja rakyat Malaysia mengalaminya sendiri. “Lain Tapi NGAM” menggambarkan dengan tepat semangat tersebut: jenama berbeza, personaliti tersendiri, tetapi berkongsi kecintaan yang sama terhadap cita rasa tempatan dan detik-detik menggembirakan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran di Mamee-Double Decker, How Yuan Yi.

Kenyataan daripada ZUS COFFEE:

“Sebagai jenama Malaysia, ZUS percaya bahawa rakyat Malaysia seharusnya dapat menikmati minuman berkualiti setiap hari — mudah didapati, dekat di hati dan sentiasa berkembang mengikut cita rasa tempatan kerana inovasi lahir daripada komuniti itu sendiri. Kerjasama bersama Mamee Monster ini membolehkan kami meraikan Malaysia dengan cara yang menyeronokkan dan luar biasa, di samping menyatukan dua jenama yang dikenali, disayangi dan dekat dengan rakyat Malaysia. Kerjasama ini mencerminkan kepelbagaian, kreativiti dan kemesraan yang menjadikan Malaysia begitu istimewa,” kata Ketua Pemasaran (Malaysia & Singapura) ZUS COFFEE, Jennifer Sim.

Pek kempen edisi terhad Mamee Monster x ZUS COFFEE ini boleh didapati dalam tiga perisa – BBQ, Ayam, dan Pedas. Produk ini boleh didapati di semua pasar raya utama, pasar mini, kedai serbaneka stesen minyak dan kedai runcit di seluruh negara, serta di Mamee Jonker House di Melaka. Ia juga boleh dibeli melalui kedai rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://my.shp.ee/n4QTkfo).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mamee Monster, sila hubungi talian bebas tol khidmat pelanggan MAMEE-Double Decker di 1-300-22-6263 atau hantar teks WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, hantar e-mel ke [email protected] atau layari mamee.com. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti akaun media sosial Mamee Monster di Facebook, Instagram dan TikTok.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |