Seorang wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki warga China dalam satu serbuan di Taman Merawan, Kulim, tengah malam tadi.
Wanita berusia 27 tahun itu dipercayai sudah mengenali lelaki berusia 39 tahun berkenaan sejak lima bulan lalu selepas mereka bekerja di kilang yang sama.
Suami syak kelakuan sumbang isteri
Dalam serbuan yang dibuat oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), suami wanita yang berusia 30-an itu turut hadir di lokasi bersama ibu bapa mentuanya.
Wanita itu yang mempunyai dua anak lelaki berusia enam dan lapan tahun didakwa sering memberi alasan kepada suaminya bahawa dia perlu bekerja lebih masa.
Namun, sebenarnya dia dipercayai pergi ke rumah sewa lelaki warga China terbabit dengan alasan mahu melakukan kerja berkaitan komputer.
Difahamkan, suaminya sudah lama mengesyaki kelakuan isterinya, tetapi tidak mempunyai bukti yang kukuh.
“Ketika serbuan pasangan terbabit berada dalam bilik tingkat bawah rumah dua tingkat itu dengan wanita berkenaan memakai baju kelawar, manakala lelaki warga China terbabit berseluar pendek hitam dan mengenakan baju lengan pendek.”
Mereka difahamkan hanya berkomunikasi menggunakan aplikasi terjemahan di telefon bimbit. Malah, pihak penguat kuasa turut berdepan kesukaran mendapatkan maklumat daripada lelaki itu kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris.

Artikel berkaitan: Bagi Alasan Sakit Perut, Remaja Lelaki Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Indonesia Di Hotel
Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Bersekedudukan Dengan Isteri Orang Sebab Terpikat Dengan Sambal Nasi Lemak
Pemeriksaan lanjut turut mendapati dua lagi lelaki warga China yang merupakan rakan kepada lelaki terbabit berada di tingkat atas rumah berkenaan.
PADK kemudian membuat laporan polis dan mengeluarkan notis perintah kepada wanita berkenaan untuk hadir ke pejabat agama Ahad ini bagi membantu siasatan.
Lelaki warga China itu juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan, namun tidak dikenakan tindakan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Sumber: Harian Metro

12 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















