Anak Tergamak B*nuh Ibu & Campak M*yat Dalam Perigi Gara-gara Berang Dikejut Untuk Solat Subuh

4 hours ago 5

Seorang lelaki bertindak membunuh ibu kandungnya sendiri hanya kerana berang dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh. Malah, lelaki tersebut tergamak mencampakkan mayat mangsa ke dalam perigi.

Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku di Dusun Puhun, Desa Wanasaraya, Kuningan, Jawa Barat. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mak Rusti ditemukan sekitar jam 5 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu.

Artikel berkaitan : Kisah Benar Disebalik Siri Popular Netflix Tentang Kes Kehilangan Asunta, Rupanya Dibunuh Ibu Bapa Angkat?

Artikel berkaitan : Mayat Wanita Dalam Beg: Polis Percaya Mangsa Dibunuh Di Ampang Sebelum Ditanam Di Rembau

Terbongkar lepas saksi nampak…

Penemuan itu mula terbongkar selepas ada seorang saksi ternampak ada kesan darah dari arah dapur rumah menghala ke perigi.

Ketua Polis Kuningan, AKBP Bellen Anggara Pratama berkata, siasatan awal mendapati bahawa suspek dipercayai berang apabila ibunya mengejutkannya untuk menunaikan solat Subuh.

“Suspek berasa marah apabila mangsa yang juga ibunya mengejutkannya untuk solat Subuh. Suspek yang beremosi kemudian terus menyerang mangsa sehingga meninggal dunia.”

Gamabr Hiasan

Selepas suspek membunuh dan mencampakkan mayat ibunya ke dalam perigi, suspek dikatakan terus melarikan diri namun berjaya diberkas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuningan di rumah isterinya di Kabupaten Brebes tanpa sebarang pergelutan.

Dalam pada itu, pihak polis masih lagi menyiasat dakwaan yang mengatakan suspek mempunyai masalah kesihatan mental dan belum membuat sebarang kesimpulan mengenainya selain mengenal pasti objek yang digunakan suspek.

“Kami belum dapat memberikan kenyataan pasti sama ada benar suspek mengalami kemurungan atau terdapat faktor lain kerana proses siasatan masih berjalan.”

Dalam pada itu, menantu mangsa yang dikenali sebagai Kurnia, 36, mendakwa bahawa suspek sudah lama menunjukkan petanda mengalami masalah kemurungan dan keadaan mentalnya yang semakin memburuk akibat tekanan sosial dan ejekan orang keliling.

Screenshot 2026 08 12 142243

Menurutnya, keluarga mangsa sebelum ini pernah mendapatkan rawatan untuk suspek di Tasikmalaya dan Jawa Tengah.

Kurnia juga mengatakan bahawa suspek pernah melakukan kekerasan terhadap ibunya sebanyak 3 kali pada waktu berbeza sebelum kejadian baharu ini berlaku.

Namun begitu, pihak polis menegaskan bahawa siasatan masih lagi dijalankan bagi menentukan keadaan sebenar suspek dan motif kejadian.

Sumber : Sinar Harian

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |