Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Secara Rasmi Bermula Hari Ini, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Persidangan Tersebut

2 days ago 13

Hari ini merupakan hari penting dan bersejarah buat Malaysia apabila semua pemimpin Asia Tenggara berhimpun di ibu negara bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu utama serantau.

Mungkin di mata rakyat biasa seperti kita menganggap persidangan ini adalah mesyuarat biasa antara negara. Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya sidang kemuncak ini memberikan pelbagai manfaat kepada negara ASEAN khususnya Malaysia sebagai tuan rumah.

500085995 1281103053371259 5094385429815605609 n

Artikel berkaitan: Kenapa Sidang Kemuncak ASEAN 2025 Diadakan Di KL & Bukan Putrajaya, Ini Penjelasan Menteri Komunikasi

Artikel berkaitan: Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat Awam Yang Terkesan Aliran Trafik Boleh WFH

Sejarah & peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN

Sebelum itu, kita kenali dahulu apa itu ASEAN. ASEAN ialah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations atau lebih dikenali sebagai Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.

Ia merupakan sebuah organisasi serantau yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand, melalui tandatangan Deklarasi Bangkok oleh lima negara pengasas seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand.

Grc5GrTbAAELlJM

Terdapat 10 negara yang menganggotai ASEAN iaitu, Malaysia, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Penubuhan ASEAN bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Sejak penubuhannya, ASEAN telah menganjurkan pelbagai persidangan dan sidang kemuncak untuk membincangkan isu-isu serantau serta memperkukuh hubungan antara negara-negara anggotanya.

Tahun ini adalah kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN, selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Namun, apa yang membezakan sidang kemuncak kali ini apabila Malaysia buat pertama kali menganjurkan sidang kemuncak Tiga Hala, melibatkan blok ASEAN, China dan Majlis Kerjasama Teluk (GSC) yang dianggotai enam negara Teluk iaitu negara Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait dan Oman.

3141022

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sidang kemuncak ini melambangkan kejayaan dalam menyusun semula kerjasama serantau yang mencerminkan realiti penguasaan kuasa ketika ini.

Fakta penting Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Malaysia:

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan utama dalam membentuk agenda serantau yang inklusif, mampan dan berdaya saing. Sidang kemuncak ini dijangka menjadi medan penting bagi para pemimpin membincangkan pelbagai isu kritikal merentasi bidang politik, keselamatan, ekonomi dan sosio budaya.

1. Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Memfokuskan kepada pengukuhan Komuniti ASEAN melalui tiga tunjang utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi, dan sosiobudaya. Selain itu, sidang ini juga untuk menangani isu-isu serantau seperti Laut China Selatan, krisis Myanmar dan konflik global.

2. Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2

Dihoskan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sidang ini menekankan pelaksanaan Rangka Kerjasama ASEAN-GCC 2024–2028, memfokuskan kepada perdagangan bebas, pelaburan, pendidikan dan pembangunan mampan serta isu berkaitan Gaza.

3. Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

Inisiatif baharu yang dipelopori Malaysia, bertujuan meneroka kerjasama ekonomi tiga hala antara ASEAN, GCC dan China, meliputi perdagangan, infrastruktur dan digitalisasi.

4. Manfaat kepada Malaysia – Ekonomi dan Imej

Menonjolkan kepimpinan Malaysia di pentas serantau dan antarabangsa, serta memberi limpahan ekonomi dalam sektor pelancongan, perhotelan dan PKS tempatan melalui kehadiran ribuan delegasi asing.

5. Pemerkasaan Industri Halal & Akses Pasaran Baharu

Kerjasama antara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) membuka peluang bagi Malaysia mempromosikan industri halal di pasaran Timur Tengah dan Afrika.

Inisiatif ini berpotensi memperluas jangkauan produk halal Malaysia dan meningkatkan eksport negara.

Tahukah korang, ASEAN telah melaksanakan Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRAs) bagi lapan profesion, termasuk jurutera, arkitek, dan akauntan.

Ini membolehkan Malaysia bekerja di negara anggota ASEAN lain, sekaligus memperluas peluang kerjaya dan meningkatkan mobiliti tenaga kerja.

Secara keseluruhan, sebagai rakyat Malaysia kita berharap persidangan ini bukan hanya terletak pada perjanjian dan deklarasi antara pemipin, tetapi pada keberkesanan tindakan dan hasil yang memberi impak nyata kepada kehidupan seharian rakyat.

Sumber: Astro Awani, Bernama, Kosmo!, ASEAN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |