syaz ft 2026 01 12T154146.035

Siapa sangka, hanya berupunca daripada satu luahan di Threads, akhirnya terbongkar satu cerita lama. Baru-baru ini, tular hantaran seorang jurusolek (MUA) meluahkan rasa terkilan terhadap seorang selebriti yang masih belum melunaskan bayaran perkhidmatannya.

Walaupun MUA tu tak sebut nama, tapi pelakon tinggi lampai, Mimi Lana, dengan beraninya terus tampil ‘mengaku kalah’ dan memohon maaf secara terbuka.

Artikel berkaitan: “Bukan salah laku, ini jenayah” – Mimi Lana Tempelak Menteri Pendidikan Tentang Isu Kes R*gol Pelajar

Artikel berkaitan:  Syafiq Kyle & Mimi Lana Didakwa Bakal Berkahwin Hari Ini, Majlis Diadakan Secara Tertutup?

Menerusi Threads miliknya, Mimi mengakui dia mula perasan perkara itu selepas terbaca hantaran MUA itu yang seolah-olah menyindir komennya di media sosial.

Rupanya, pelakon itu memang ada hutang tertunggak sebanyak RM200 yang belum dibayar sejak tahun 2019.

1

“Maafkan saya, tadi saya baru check awak punya DM. Ada satu pesanan peringatan daripada awak untuk bayar RM200 dari 2019,” tulis Mimi di ruangan replies.

Jelas pelakon drama Andai Tiada Dia ini, dia sebenarnya tak pernah ada niat nak ‘scam’ atau tak bayar titik peluh orang.

Katanya, urusan bayaran biasanya diuruskan oleh pembantu peribadi (PA) atau pengurusnya, jadi mungkin berlaku salah faham atau terlepas pandang di situ.

Mimi juga sempat pesan, kalau ada lagi mana-mana MUA yang senasib dengan individu tersebut, tolong terus hubungi PA dia. Dia sangat menghargai kerja keras orang belakang tabir walaupun jumlahnya mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang.

Rata-rata netizen puji tindakan Mimi yang tidak melatah atau nak saman malu, sebaliknya terus mengaku salah dan minta nombor akaun untuk langsaikan bayaran.

cats 7

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.