Sejak belakangan ini, ada sahaja timbul isu yang melibatkan penunggang atau pengayuh basikal hingga boleh mengancam keselamatan mereka sendiri.
Baru-baru ini, seorang individu mendakwa abangnya terlibat kemalangan akibat dilanggar lari oleh penunggang motosikal di sebuah jalan raya.
Berkongsi perkara itu di laman Threads, dia meluahkan rasa terkilan kerana seolah-olah penunggang basikal kini dilihat sebagai musuh negara.
Artikel berkaitan: “Halang laluan bas” – Rapid Bus Perjelas Video Pemandu Bas Berselisih Faham Dengan Geng Basikal
Artikel berkaitan: “Sebab saya tidak lagi berbasikal. Penunggang tetap salah.” – Ryzal Ibrahim Ulas Video Geng Basikal Bertengkar Dengan Pemandu Bas
Menurutnya lagi, abangnya mengikut peraturan di lorong motosikal dan mendakwa laluan itu dibenarkan juga untuk penunggang basikal. Malah dakwanya lagi, abangnya tidak mengganggu pengguna jalan raya lain ketika sedang beriadah.
Bagaimanapun, tidak semena-mena datang sebuah motosikal dari belakang dan menghimpit abangnya lalu jatuh tersembam.
Akibat insiden itu, abangnya mengalami beberapa kecederaan di bahagian muka dan sedang menerima rawatan di hospital.
Kecewa dengan insiden yang berlaku, dia mengharapkan keadilan dapat ditegakkan untuk abangnya.
“Penunggang basikal juga ada hak menggunakan jalan raya. Kami tahu had kami dan kami cuba yang terbaik untuk menghormati pengguna jalan raya lain,” katanya.
Sekadar info, aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang di negara kerana laluan berkenaan digunakan pelbagai kenderaan bermotor seperti lori, bas dan motosikal.
Mereka yang melanggar larangan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang mana jika bersalah boleh dikenakan denda mencecah RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara 12 bulan.
Sumber: Threads