Pada 2 Julai lalu, satu tragedi menggemparkan telah berlaku di Bali apabila sebuah feri, KMP Tunu Pratama Jaya yang membawa 53 penumpang, 12 anak kapal dan 22 unit kenderaan dilaporkan karam di perairan Selatan Bali.
Difahamkan sebelum ini, sebanyak 30 orang ditemukan selamat dengan 20 orang lagi masih hilang dan usaha pencarian mangsa yang hilang ini masih diteruskan.
Menerusi laporan terbaru, Pasukan Identifikasi Mangsa Bencana (DVI) Polis Daerah (Polda) Jawa Timur telah mengenal pasti tiga daripada empat mangsa tragedi feri karam itu, termasuk seorang rakyat Malaysia.
Artikel berkaitan: Mungkin Terperangkap Dalam Feri Karam, 29 Mangsa Kemalangan Feri Di Bali Masih Belum Ditemukan
Artikel berkaitan: “Kita akan jadi macam titanic ke?” – [VIDEO] Tragedi Sewol, Penumpang Karam Tunggu Arahan Kapten Rupanya Dah Cabut Lari
Ketua Subdirektorat Kedokteran Kepolisian (Subdit Dokpol) Polis Daerah (Polda) Jawa Timur, Adam Bimantoro yang dipetik ANTARA News berkata, seorang mangsa rakyat Malaysia disahkan sebagai Fauzey Awang, 58.
Ia disahkan berdasarkan data perubatan serta barang milik mangsa seperti dompet dan kad pengenalan. Manakala mangsa lain yang dikenalpasti pula adalah warga tempatan dari Desa/Kecamatan Singojuruh, Kabupaten Banyuwangi, Noval Hardiansyah, 15.
Pengenalpastian dilakukan melalui pemeriksaan perubatan dan barang milik mangsa,” katanya dalam satu sidang media.
Setakat ini hanya satu lagi jenazah yang masih belum dikenal pasti. Mangsa adalah wanita yang ditemukan memakai seluar pendek jeans berwarna biru di Pantai Plengkung, kawasan Taman Nasional Alas Purwo, Kecamatan Tegaldino, Banyuwangi.
Berdasarkan data pasukan SAR, sehingga malam Khamis, yang merupakan hari kesembilan operasi pencarian, seramai 15 mangsa disahkan meninggal dunia termasuk satu dalam proses identifikasi.
Takziah buat keluarga mangsa. Al Fatihah.
Sumber: Harian Metro
Sumber: BH