syaz ft 2025 07 11T170402.182

Baru-baru ini, seorang warga Malaysia meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan feri karam di Selat Bali, Indonesia pada 2 Julai lalu.

Anak kepada Allahyarham Fauzey Awang, Syifa Amerah berkongsi dia mula berasa tidak sedap hati selepas dihubungi pihak berkuasa dari Indonesia yang meminta gambar dan laporan gigi bapanya.

Artikel berkaitan: Seorang Rakyat Malaysia Disahkan M*ut Dalam Tragedi Feri Karam Di Bali

Artikel berkaitan: Mungkin Terperangkap Dalam Feri Karam, 29 Mangsa Kemalangan Feri Di Bali Masih Belum Ditemukan

cats 7

“Apabila dihubungi, saya dapat rasa ada kemungkinan jasad ayah sudah ditemui dan mereka bagi tahu ada jumpa jasad yang seakan-akan ayah tetapi kena buat pengecaman ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Saya memang sudah rasa tak sedap hati namun pada masa, saya tidak mahu berharap dan tidak putus-putus berdoa segalanya urusan dipermudahkan.

Sebaik saya selesai membaca surah Yasin kira-kira jam 8 malam, segalanya terjawab apabila saya dihubungi pihak berkuasa memaklumkan ayah sudah ditemui dan mayatnya berada di Hospital RSUD Blambangan, Banyuwangi.

Walaupun sedih, namun saya bersyukur apabila ayah akhirnya ditemui walaupun dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.

Syifa Amerah yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik memberitahu dia bertolak ke Indonesia bersama ibunya pagi tadi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya sebelum dibawa pihak kedutaan dari Indonesia ke hospital.

Sebelum ini, pasukan Identifikasi Mangsa Bencana (DVI) Polis Daerah (Polda) Jawa Timur dilaporkan sudah mengenal pasti tiga daripada empat mangsa tragedi kapal karam KMP Tunu Pratama Jaya, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.